“Dah la ada 2-3 anjing dpn lobby tu” – Pelanggan Ini Dedah Sesuatu Selepas Aliff Syukri Tunjuk Bukti

Berikutan dengan viralnya pendedahan Abudi Alsagoff terhadap pengalaman buruknya ketika menginap di Sugeh Hill Resort di Janda Baik, Pahang, pemilik resort tersebut yang merupakan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri tampil beri respon menerusi IGTV miliknya.

Eco resort bukan hotel 5 bintang –  Aliff Syukri

Sebelum ini, pelanggan tersebut ada mendedahkan mesej berbaur gert4kan untuk tayang rakan CCTV jika posting itu tidak dibuang. Namun begitu, ia jadi v1iral dan telah membuatkan Aliff Syukri bertindak untuk kongsikan rakaman tersebut.

Dalam video yang berdurasi 3 minit 22 saat itu, dilihat satu kelaurga berkumpul di lobi dan anak-anak kecil berkeliaran dan berlari-lari di kawan tersebut sehingga melintasi ruang larangan seperti di kaunter.

Dalam pada itu, Aliff Syukri ada menunjukkan review daripada pelanggan-pelanggan yang sedang menginap dan membuktikan persekitaran resort miliknya yang indah.

Boleh baca dan tengok penjelasan daripada pihak Aliff Syukri pula.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih kepada pihak family tuan yg memviralkan @sugehhillresortjandabaik kami yg x pasti kesahihanya.. apa pun sy nak ucapkan terima kasih kerana menginap di resort saya di kampung janda baik… iaitu eco resort bukan hotel 5 bintang sbb tu harga bilik di sini serendah rm175..dan mereka bercuti selama 3hari di sini dgn jayanya…terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika byk kekurangan dari pihak kami kepada tuan…. . Utk makluman tuan kami @sugehhillresortjandabaik ada peti cadangan utk komen pelanggan kami.. dan kami sedar akan kekurangan kami dan kami akan megambil mana2 nasihat yg kami rasakan baik bagi kami utk kami perbaiki resort kami.. . Utk makluman pihak tuan,semasa kejadian saya tiada di sana…jika tuan maklum mmg kebiasaannya saya berada di sana utk memantau keadaan di sana terutama memastikan pelanggan berada dlm keadaan baik. . Berkenaan isu air di Lobi,utk pengetahuan Tuan,kami mmg tidak menyediakan air di Lobby sebelum ini,tapi memandangkan keadaan pelanggan yg ramai di sana terutama yg ingin bertanya dan utk check in bilik kami sediakan minuman bagi pelanggan yg dahaga…Untuk pengetahuan Tuan,ketika itu,kami telahpun dlm proses memasang Penapis Air dan ketika ini pemasangan tersebut telah pun berlaku dan tiada lagi air begitu disana melainkan menggunakan penapis air dan jika tuan ke sana telah adapun dipasang penapis Air Cuckoo sejak 2 minggu yg lalu di Lobi . Yang kedua,isu takut anak terjatuh bermain Di Lobby,saya rasa tuan juga maklum bahawa lobi bukan lah ruangan utk berlari atau bermain…di sana adalah ruangan menunggu…tetapi keluarga tuan telahpun bermain bola,makan beramai2 di lobi….baring dia atas sofa dan mengalihkan2 perabot dari tempat asal walhal lobi bukan bertujuan utk aktiviti berkeluarga…..dan juga pihak tuan sendiri membiarkan anak2 kecil bermain di sana…Staff kami warganegara indonesia ada juga menegur tetapi dibalas dgn kata2 kesat oleh pihak keluarga tuan dgn kata2 spt berikut’Orang Indonesia tak layak tegur orang Malaysia dan nanti saya bunuh kamu dan campak Ke laut’…Begitu juga pihak keluarga tuan telah menempah kambing Aqiqah di kawasan kolam renang tanpa kebenara kami..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

SO KALAU FAMILY SOPAN MMG TAKKAN ADA LIPAS DLM PETI AIS? – Abudi Alsagoff

Respon tersebut sampai ke pihak pelanggan tersebut. Kata Abudi kepada team Lobak Merah, dia memberikan respon melalui Facebook dengan memasukkan segala komen-komen kecaman daripada netizen dibahagian caption daripada perkongsian IGTV pemilik resort tersebut.

Itu saya copy paste comment orang kat post dia. Anyway, dia x tunjuk pun time tu lobby kosong. Dan kami tau bilik2 dekat lobby tu semua kami book”

Ini kerana segala aspek-aspek yang dibentangkan olah Abudi sebelum ini tidak diperjelaskan dengan telus.

Berdasarkan komen yang diberikan itu juga, ia menjelaskan bahawa isu yang cuba dikongsikan langsung tak kena dengan apa yang Abudi ‘suarakan’ sebelum ini.

Sebelum ini, Abudi ada kongsikan persekitaran di resort tersebut dan layanan buruk yang mereka terima. Perkongsian itu vi1ral sehingga wujud perbahalan Aliff Syukri dengan dirinya.

Ini Segala perkongsian daripada AbudiAlsagoff di page Facebook beliau :

Status bekas PA ALiff Syukri

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Lobak Merah, Facebook Page AbudiAlsagoff

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dah la ada 2-3 anjing dpn lobby tu” – Pelanggan Ini Dedah Sesuatu Selepas Aliff Syukri Tunjuk Bukti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*