Setahun Lebih Bertunang,,Wanita Dedah Kisah Pah1t ”Kenapa Bertunang Terlalu Lama”

#GAMBAR SEKADAR HIASAN

BENAR kata orang, dug4an bertunang sememangnya bukan calang-calang.

Dalam tempoh sebelum diijabkabul, pasangan berd4rah man1s ini diuji hebat dari pelbagai sudut sama ada kewangan, orang sekeliling, kekasih lama dan sebagainya.

Ada juga sesetengah k3s di mana tali pertunangan terpvtus di tengah jalan sebelum sempat mahligai impian dib1na bersama.

Hanya yang merasainya sahaja yang tahu betapa per1tnya ujian bertunang, seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.

Mahu dikenali sebagai Sya Aisyahra, dia berkongsi pengalaman diuji hebat sehingga ikatan pertunangannya dua kali terputvs, dipercayai gara-gara sih1r.

Menurut wanita berusia 25 tahun ini, dia bergelar tunangan kepada jejaka pilihan pada Jun tahun lalu.

Sya Aisyahra berkongsi kisah per1t dugaan yang menimpanya sebaik sahaja mengikat tali pertunangan.

“Segalanya nampak smooth walaupun sebulan sebelum itu aku rasa macam sal4h buat keputvsan. Boleh dikatakan setiap hari men4ngis dan sedih. Perasaan mula berkecamvk. Atas pujukan keluarga dan layanan baik si dia, kami bertunang,” ceritanya menerusi satu perkongsian di Facebook.

Hanya seminggu selepas mengikat tali pertunangan, dugaan mula menjengah.

“Aku makin rasa menyesal bertunang, rasa memberont4k dan perlahan-lahan agres1f. Berkali-kali aku meng4muk nak terjun dari kereta, bergadvh dengan famili, ceder4kan diri sendiri dan dua kali dib1sik syaitan untuk bunvh diri.

“Dalam tempoh tu, macam-macam lagi dugaan dilalui, aku tergilakan orang lain, aku banyak buat perangai supaya tunang tak tahan. Aku mula suka menyend1ri, layan perasaan dan murvng,” katanya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Lebih setahun lamanya menderita, Sya Aisyahra akhirnya menemui jawapan kepada apa yang dialaminya selama ini.

Menurut Sya Aisyahra yang merupakan pengas4s jenama hijab Aisyahra, dia pernah mendapatkan raw4tan di hospital mahupun secara tradisional namun masih belum bertemu penawar kepada apa yang dihidapinya.

Dia mal4h dimasukkan ke w4d, namun dikes4n tidak menghidap sebarang jenis peny4kit sebaliknya dimaklumkan untuk menjalani sesi kaunseling berkaitan mas4lah kesihatan ment4l.

Rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan. Dugaan bertunang itu sememangnya berat.

SYA AISYAHRA

“Puas berjuang, dua kali putvs tunang. Wallahualam masih ada harapan dibaiki atau tidak itu rencana Allah aku serahkan, sebab kita sudah usaha.

“Sampaikan awal Ogos baru-baru ni, ada hamba Allah datang nasihat aku suruh berubat. Sebab dia tegur aku terlalu ‘lain’. Satu hari Allah bukakan jalan aku berjumpa ustaz di Darussyifa Kedah.

“Allahu, di sinilah terungkai satu dugaan terhebat selama 25 tahun aku di atas bumi Allah. Setahun lebih bendasing menumpang dan kawal untuk aku jadi bukan diri aku.

“Hanya Allah yang tahu peritnya dugaan selama setahun lebih dis1hir oleh manusia kh1anat yang berhajat nak aku tak jadi kahwin dan seterusnya nak jadikan aku g1la,” ceritanya.

Hampir tiga minggu mendapatkan raw4tan di pusat perubatan Islam itu, wanita ini mengakui keadaanya kini boleh dikatakan 90 peratus hampir pulih.

Sya Aisyahra sering mencederakan diri sendiri ketika dia berada dalam situasi luar sedar.

“Sekarang masih lagi mendapatkan rawatan susulan. Aku dah reda dengan segalanya sebab yakin pasti ada hikmahnya. Apa yang dapat dikongsikan moga menjadi pedom4n buat semua.

“Rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan. Dugaan bertunang itu sememangnya berat. Untuk adik-adik kat luar sana yang berhajat nak tunang lama dua tiga tahun baru kahwin, fikirlah berkali-kali.

“Diharapkan perkongsian ini dapat beri manfaat dan teladan buat semua. Tak sangka ramai hantar mesej dan kongsikan pengalaman, ada yang ucap terima kasih sebab cerita ini sedikit sebanyak buka mata masyarakat dan iktibar pada mereka,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Setahun Lebih Bertunang,,Wanita Dedah Kisah Pah1t ”Kenapa Bertunang Terlalu Lama”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*