“Saya belum jadi suami yang sempurna ” – Aliff Aziz

GENAP empat tahun melayari rumah tangga bersama Bella Astillah, penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa syukur apabila berjaya menempuhi pelbagai ujian bersama selama tujuh tahun perkenalan.

Aliff, 29, berkata, biarpun belum menjadi seorang suami yang sempurna, namun Allah memberkati rumah tangga mereka untuk kekal bertahan.

“Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang. Saling mengenali selama tujuh tahun dan menempuh banyak ri1ntangan bersama selama itu.

“Saya belum menjadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat,” ujarnya.

Aliff dan Bella dinikahkan pada 9 September 2016.

Tambahnya, rasa cinta mereka turut dilengkapi dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Dalam pada itu, Aliff turut berharap wab4k Covi1d-19 segera berakhir dan dapat bertemu dengan isteri dan anak-anaknya itu.

“Saya doakan wab4k ini segera berakhir. Semoga tahun-tahun yang lebih diberkati datang untuk kita Insyaallah. Saya sayang awak Bella Astillah” tulisnya di Instagram.

 

Empat tahun bukan masa yang singkat dan bukan masa yang lama.

BELLA ASTILLAH

PENYANYI/PELAKON

Sementara itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, menerusi Intagram turut meluahkan perasaan gembira dan menganggap kehidupannya kini sempurna dengan kehadiran dua cahaya mata.

Bella juga berharap perkahwinan yang dibina itu kekal dan diberkati Allah.

“Empat tahun bukan masa yang singkat, tapi bukan masa yang lama kita bersama. Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan ini.

“Apa yang saya boleh cakap sekarang kehidupan saya sempurna bersama dua cahaya mata kami,”ujarnya.

Bella baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 18 Julai lalu.

Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang orang cahaya mata iaitu Mohd Ayden Adrean, 3 tahun dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai lalu.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kant0i berlaku cvrang.

Bagaimanapun, mereka kembali rujuk sebagai suami isteri ketika masih tempoh edah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya belum jadi suami yang sempurna ” – Aliff Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*