Masih k0ma & kritik4l, Ibu Rayu Pulangkan Sesuatu Milik Sandra Dianne

IBU kepada peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne iaitu Nor Syakinah merayu kepada individu yang secara tidak sengaja mengambil telefon bimbit penyanyi itu supaya memulangkannya semula.

Menurut Nor Syakinah, telefon bimbit yang digunakan anaknya itu mengandungi maklumat penting melibatkan urusan kerja dan hal peribadi.

“Saya merayu kepada mereka yang berada di tempat kejadian kem4langan Sablu lalu, untuk memulangkan semua telefon bimbit anak saya sekiranya ada yang terambil ketika keadaan kel4m kabut.

Sandra terlibat dalam kemal4ngan pada Sabtu lalu.

“Sandra Dianne menggunakan telefon bimbit jenis Samsung S20 Ultra. Ini adalah handphone yang selalu dia gunakan untuk urusan kerja.

“Segala maklumat media sosial, IG, Twitter dia tersimpan di situ selain maklumat sulit yang lain,” kata Nor Syakinah.

Nor Syakinah memberitahu perkara tersebut menerusi laman Facebook miliknya pada Rabu.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu lalu, Sandra, 26, dikejarkan ke w4d kec3masan di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kem4langan jalan raya.

 

Sejak beberapa hari ini keadaan em0si saya sangat tidak mengizinkan.

NOR SYAKINAH

IBU SANDRA DIANNE

Difahamkan ketika itu Sandra yang ditemani sepupunya dalam perjalanan ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam pada itu, Nor Syakinah mengakui keadaan emosinya tidak stabil dan sudah beberapa hari tidak lalu makan.

Nor Syakinah juga meluahkan rasa kesal apabila foto anaknya ketika berada di ICU dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga tersebar.

Sandra masih dalam keadaan krit1ikal dan tidak sedarkan diri.

“Sejak beberapa hari ini keadaan emosi saya sangat tidak mengizinkan. Beberapa hari ini saya kurang tidur dan tak dapat nak paksa diri sendiri makan.

“Fikiran saya juga kosong dan tidak dapat fokus. Berita sudah pun disiarkan di link media, pasti ramai yang dah tahu apa yang berlaku.

“Sejujurnya saya sangat tidak gembira dengan gambar yang disiarkan bersama berita tersebut kerana ia disiarkan tanpa mendapat izin daripada saya.

“Sandra tak perlukan publisiti dengan cara begitu, yang dia perlukan saat ini hanyalah doa yang tulus ikhlas daripada peminat,” ujarnya.

Sementara itu, wakil syarikat rakaman Sony Music, Vea Norman memberitahu pemilik nama Alessandra Dianne Ampuria itu masih berada dalam keadaan krit1ikal dan dir4wat di ICU.

“Dia masih dalam keadaan k0ma sama seperti sebelum ini, kita cuma berharap dia sedar dan kembali pulih,” ujarnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Masih k0ma & kritik4l, Ibu Rayu Pulangkan Sesuatu Milik Sandra Dianne"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*