Saya Dilambung Setinggi 7 Kaki – Faizal Tahir Kongsi Detik Cem4s

MINAT mendalam terhadap aktiviti berkuda mendorong penyanyi Faizal Tahir membeli dan memelihara haiwan tunggangan popular itu.

Menurut Faizal, 42, keterujaannya untuk memiliki haiwan tersebut timbul selepas dia menjalani penggambaran video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Nobody.

“Menunggang kuda itu sunnah nabi! Alhamdulillah apabila kita ada niat Allah bukakan jalan, baru sahaja belajar naik kuda dapat pula rezeki beli seekor kuda jantan yang saya beri nama Jibril, bulan lepas.

“Beli kuda ini bukan macam beli kereta, haiwan ini agak sensitif jadi kena jaga betul-betul. Nak faham ragam setiap kuda ini kita kena ada hubungan dulu… sekarang ini pun saya masih belajar lagi tentang kuda.

“Saya percaya kalau sunnah nabi pasti ada kebaikannya, kita kena buat dulu baru kita tahu hikmahnya… contoh yang saya nampak, sekarang ini selepas solat Subuh saya tak tidur semula, terus pergi tengok kuda di kandang yang terletak di MAEPS Serdang untuk bagi makan dan selalu bawa anak-anak menunggang dan mandikan kuda sekali,” katanya kepada mStar.

Faizal luang masa dengan aktiviti berkuda.

Juri tetap program Big Stage 2020 ini ditemui semasa pelancaran MV Nobody yang diadakan di ibu pejabat Universal Music Malaysia yang terletak di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Ditanya mengenai kos, tanpa berselindung Faizal memberitahu dia membeli kuda jantan berusia 11 tahun itu dengan harga bersesuaian dan berpatutan.

“Selalunya orang takvt nak pelihara kuda ini sebab kos mahal… tapi sebabkan saya bertanya-tanya jadi dapatlah seekor di bawah harga RM10,000. Alhamdulillah!

“Kalau ikutkan ada yang lagi mahal tapi saya dapat dengan harga begitu. Selain itu, saya kena peruntukkan kos penjagaan bulanan untuk Jibril bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan sihat,” ujarnya.

 

Kuda itu cuba camp4k saya menyebabkan saya melambung hampir tujuh kaki… semua kru yang ada tergam4m dan tawakal sahajalah!

FAIZAL TAHIR

PENYANYI

Menjalani penggambaran bersama seekor kuda dalam MV Nobody, Faizal berkata dia berdepan pengalaman menakvtkan kerana dilambung haiwan berkenaan.

“Ceritanya hari pertama penggambaran… itu pertama kali saya naik kuda, semasa latihan semuanya okay tapi masa nak rakaman saya pakai robe atau jubah panjang dan mungkin kain terkena belakang badan kuda menyebabkan ia terkejut.

“Kuda itu cuba campak saya menyebabkan saya melambung hampir tujuh kaki… semua kru yang ada tergamam dan tawakal sahajalah. Alhamdulillah saya jatuh dalam keadaan baik, tak ada patah atau keceder4an cuma sak1t badan sahaja.

MV Nobody beri pengajaran dan mempunyai mesej tersirat untuk penonton.

“Bayangkan terhentak atas tanah memang sakit, saya cuma ambil ubat tahan sakit dan teruskan penggambaran macam biasa. Sakit badan tak hilang sehinggalah ada kenalan beri cadangan minum jamu, dalam masa dua hari semuanya dah baik.

“Tak serik atau travma pun… saya anggap itu salam perkenalan dari kuda berkenaan. Biasalah tu apabila berurusan dengan haiwan ni kita kena belajar bersabar. Itu antara pengajaran saya dapat dari seekor kuda,” katanya yang memaklumkan MV tersebut akan dilancarkan di saluran YouTube Faizal Tahir pada Jumaat.

Nobody merupakan lagu ciptaannya bersama Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Mage dan Mike Chan terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Saya Dilambung Setinggi 7 Kaki – Faizal Tahir Kongsi Detik Cem4s"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*