Bukan calang calang orang yang boleh dapat layanan sebegini oleh seorang isteri bilamana majlis perkahwinan nya bersama isteri no 2 diurus sepenuhnya oleh isteri pertama.
Semalam tul4r satu kisah di media sosial mengenai seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin dengan seorang lagi wanita, semalam.
Menerusi laman Facebook, Syiela Rashid memuat naik beberapa posting di sekitar majlis pernikahan suaminya Khubaib Ramli dengan wanita pilihan hati.
Menurut jurusolek berasal dari Alor Setar itu, dia berdoa agar urusan perkahwinan suaminya berjalan lancar dan diberi kekuatan bagi menempuhi perkara tersebut.
” Dah 5 tahun lebih akak tak pakaikan sampin utk pengantin lelaki…… Sejak mendirikan rmhtangga dgn kanda Khubaib Ramli akak hanya mekapkan dan groom pengantin perempuan je.
Hari ini… Setelah 5 tahun berlalu… Akak refresh balik skill2 lama akak… Semalam praktis sekali pakaikan sampin utk kanda… Ok…jari akak masih lembut rupanya..maklumlah mak andam..kata sang kanda haha.
N untuk majlis akan dtg… Attire kanda akak yg designkan special untuk hari tersebut…
Jika diikutkan latarbelakang Ustaz Khubaib Ramli dia sememangnya layak untuk beristeri dua dia punyai segalanya ilmu agama dan kerjaya, bapa kepada 8 cahayamata ini amat dikenali ramai.
Diberitakan ini majlis perkahwinan Ustaz Khubaib yang ke 3 bila mana perkahwianan yang pertamanya temui kegagalan, mengikut sumber media sosial Ustaz dikurniakan 6 cahayamata melaluai perkahwinan pertama.
Manakala dengan isterinya sekarang dikurniakan 2 cahayamata, Isterinya sekarang Puan Syiela Rashid merupakan jurusolek dan banyak terlibat dalam bidang kecantikan wanita dikhabarkan madunya kini merupakan rakan baiknya.
Besar sungguh hati cg Syiela Rashid …sungguh besar dug4an cg namun cg hadapi dengan tenang dan tersenyum…. hope cg akan sentiasa di beri kekuatan untuk mngharungi semua dugaan….follow ja tgok cg dari hari pertunangan sampai lah persandingan senyuman yg indah yg terukir d muka cg…. hebat bagi seorang wanita yg bergelar isteri…. apa pown tahniah buat cg…moga kami juga akan di kurniakan hati yg besar mcam cg.
Baru petang tadi sembang ngan cik hsbnd kisah cg mesti akan jdi viral… malam nie tgok sunggu ..dunia akhir zaman … suka sangat membawang sedNgkan xtahu hujung pangkal itulah yg dinamakan dugaan yg akan mencerminkan diri kita … tapi cerita cg nie adalah teladan yg sgd baik buat semua individu…siapa kita yg lalu xmenjadikan kita sesiapa namun yg depan lah yg akan menjadikan kita seseorang.. ..moga cg terus tabah… yg lalui itu diri sendiri bukan orang lain – IeYna AdLina
Semalam kisah Puan Syeila dan Ustaz Khubaib tular dimedia sosial banyak ucapan tahniah serta doa tak kurang juga berbagai pendapat yang timbul, bagi admin tak perlu lah nak pertikai atau nak dedahkan perkara perkara yang dah lepas berlaku dalam keluarga ini, sama sama kita doakan yang baik baik buat Ustaz dan ister isterinya serta keluarga.
Giliran isteri ‘muda’ buka mulut, maafkan semua netizen yang pernah berkata bvruk
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, giliran Ain Soleh selaku isteri muda kepada lelaki tersebut, wanita itu akhirnya mengulas tentang perkahwinan viral tersebut. Selain memohon maaf tentang video TikTok yang turut tular, dia turut memaafkan semua netizen yang telah berkata bvruk tentangnya.
“Assalamualaikum, Memandangkan sekarang tengah hangat isu viral perkahwinan saya, di sini saya nak kongsi cerita bagaimana saya boleh berkenalan dengan suami saya. Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada semua tentang video tiktok saya yang mendapat kecaman ramai org. Saya juga telah memaafkan semua kata² yg telah dilontarkan kepada saya dengan ikhlas hati
Awalnya nak mencari kerja tapi tak sampai seminggu sudah dipinang jadi isteri muda Wanita yang baru sahaja berusia 21 tahun tersebut juga berkongsi kisahnya saat dipinang lelaki berkenaan. Menurutnya pada awal Februari lalu, dia telah menghadiri temuduga dan diterima bekerja di syarikat milik Khubaib. Tak sampai seminggu berkhidmat di tempat itu, dia telah dipelawa untuk diperisterikan sebagai isteri muda.
Begini ceritanya
1/2/2020 – saya pergi interview di syarikat suami saya. Petang tersebut saya mendapat tawaran utk bekerja disitu
2/2/2020- saya mula bekerja di syarikat suami saya.
6/2/2020- suami saya menyampaikan hasratnya/ melamar saya, dalam masa yg sama dia memberi tahu yang dia memang sedang mencari isteri lagi. Katanya isteri nya memberi kebenaran untuk tambah lagi. “beri saya masa utuk berfikir” itu shja balasan saya
Awalnya t0lak pelawaan, lama-lama terbuka hati
Nurul Ain pada mulanya ingin men0lak pelawaan tersebut dan berhenti kerja. Namun hari demi hari, hatinya makin terbuka untuk menerima lelaki berkenaan.
Tambahnya lagi, dia juga perlu seorang pemimpin untuk membimbingnya. Walaupun mendapat kec4man ramai, tapi dia lebih yakin pada j0doh pertemuan itu di tangan Allah.
“Hari bertambah hari. En suami teruskan usahanya untuk dapatkan saya. Pada awal² nya saya tidak mahu menerima lamaran tersebut, saya ingin berhenti kerja..Tetapi hari semakin hari Allah membuka hati saya untuk menerima. Dalam masa yg sama saya cuma berfikir,
“Saya sebagai seorang permpuan perlukan seorang pemimpin yg boleh membimbing saya ke syurga Allah. Kerana akhirat la hujung kehidupan kita . Mak & ayah sangat support keputusan saya
“20/2/2020- saya menerima lamaran tersebut & en suami terus memberi tarikh² yang sesuai utk bertunang, Saya bertunang pada 15/3/2020
“Alhamdulillah majlis berjalan dengan sangat lancar. Pada 20/9/2020. Saya telah sah menjadi isterinyaa. Saya yakin jodoh & pertemuan semuanya hak Allah
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : http://transformasi.pw/
Be the first to comment on "Terb0ngkar siapa sebenarnya “insan bertuah” ini bila majlis kahwin diurus isteri pertama, Bukan Calang2 Orang"