Perkongsian penyanyi dan komposer Zynakal menerusi sebuah posting di Instagramnya malam semalam mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen.
Posting tersebut bagaikan satu luahan dan rasa sedihnya terhadap pemergian ibunda tercintanya, Zuraidah Ibrahim, semalam.
Menurut Zyn atau nama sebenarnya Raziq Rosli, jenazah ibunya berbau harum ketika majlis pengebumian semalam.
“Ibu, ibu nak tahu tak tadi ibu wangi sangat, bersih. Alhamdulillah ajib dapat tolong ibu pindah rumah tapi bukan rumah dari ajip la,” katanya.
Jelas Zyn lagi, dia juga meminta maaf kepada arwah ibunya atas perkara yang terjadi sebelum ini.
“Ibu ajip mintak maaf ye, dulu kita gaduh besar dan ibu pernah cakap kalau aku meninggal jangan datang kubur aku.
“Tapi alhamdulillah hari ini ajip yang kebumikan ibu. Salam cinta terakhir dari anakmu, Raziq Rosli,” katanya.
Menerusi ruang komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata semangat supaya Zyn terus bersabar.
Terdahulu, ibu Zyn yang juga kakak kepada penyanyi telah menghembuskan nafas terakhir tengah hari semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh penyanyi Sharifah Zarina di Instagram (IG) miliknya.
“Khabar duka ke dua yang saya terima hari ini. Kakak zuraidah iaitu saudara kandung kepada abang @iamzamani.official dan ibu kepada
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: gempak
Be the first to comment on "“Ibu Pernah Cakap Kalau Aku Meningg4l Jangan Datang Kubvr”- Luahan Zyn Nakal Buat Arw4h Ibunya Buat Ramai Sebak"