“Kebenaran Akan Terbukti..” – Suami Nadia Brian Dedah Status Rumah Tangga Mereka Sekarang

PERGOLAKAN rumah tangga pelakon Nadia Brian dan Muizz Nasruddin terus menjadi perhatian apabila timbul khabar angin mend4kwa aktor Aidit Noh dipercayai menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka.

Bagaimanapun Muizz, 29, berkata dia enggan mengulas lebih lanjut berhubung dakw4an tersebut namun percaya segala kebenaran pasti akan terb0ngkar satu hari nanti.

“Benda ini simple saja… kebenaran dan keadilan pasti akan terbukti satu hari nanti. InsyaAllah… Allah akan memudahkan segalanya. Saya tak nak komen lebih.

“Ini simple, netizen nak cakap apa-apa itu hak mereka. Saya tahu apa yang terjadi. Kita tunggu dan lihat, ” kata Muizz kepada mStar.

Perkongsian Muizz di media sosial hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Muizz ditemui ketika sidang media pelancaran produk terbaharu pelakon Farah Nabilah di Catson Global Sdn Bhd di Skypark @ One City, Subang pada Rabu.

Sebelum ini, Aidit menerusi sebuah laporan menafikan dakwaan dia menganggu rumah tangga pasangan tersebut.

Kata Aidit hubungan dia dan Nadia terjalin hanya atas urusan kerja semata-mata.

Dalam pada itu, Muizz yang juga seorang ahli perniagaan mengakui dia dan Nadia masih sah sebagai pasangan suami isteri.

“Status kami masih sah, jadi buat apa saya nak padam gambar kami? Saya rasa orang boleh nilai sendiri. Saya tak berasa tertekan pun dengan apa yang terjadi sebab Allah ada.

Gambar kenangan ketika meraikan hari ulang tahun kelahiran Muizz pada Januari lalu.

“Macam saya cakap sebelum ini, saya berterima kasih kepada keluarga dan rakan terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk saya teruskan kehidupan. Itu saja yang boleh dikongsi buat masa sekarang, ” ujarnya.

Kemelvt rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian apabila mereka tidak lagi berkongsi gambar bersama di laman sosial sejak Ogos lalu namun Nadia menafikan dakw4n hubungan mereka sedang dilanda mas4ah.

Baru-baru ini Muizz juga ada memuat naik gambar dan kapsyen berb4ur kekec3waan sehingga mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen.

Muizz dan Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kebenaran Akan Terbukti..” – Suami Nadia Brian Dedah Status Rumah Tangga Mereka Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*