‘Kaki besi’ tekan pedal cvri tumpuan pengguna jalan raya, ramai tak tahu rider ini sebenarnya buat 4 kerja!

BUKAN penghantar barang biasa-biasa, kehadiran lelaki ini di jalan raya menarik perhatian pemandu lain.

Beberapa gambar yang menunjukkan seorang pemuda sedang menunggang motosikal menjadi tular selepas ia dimuat naik di halaman Facebook Sepet Vtec.

Rata-rata netizen tertumpu kepada rider tersebut, bukan jenama atau motosikal yang diubah suai mahupun barang yang dibawanya tetapi tarikan pada salah satu pedal – ‘kaki besi’.

Rupa-rupanya pemuda yang disebut-sebut netizen itu adalah orang kelainan upaya (OKU) yang memakai kaki p4lsu dan membuat penghantaran di sekitar Melaka.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Danial Asyraf Roslan memberitahu, dia mula memakai ‘kaki besi’ atau sebenarnya kaki p4lsu selepas terlibat dalam kemal4ngan jalan raya pada 2017.

(kiri) Gambar Danial tul4r di media sosial. Foto Facebook Sepet Vtec (kanan) Danial bekerja sebagai penghantar barang. -Foto ihsan Danial Asyraf Roslan

Anak muda berusia 22 tahun itu berkata, motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta, dan kaki kanannya dari paras bawah lutut terp4ksa dipot0ng.

“Kaki kanan saya di bawah lutut h4ncur akibat kem4langan itu. Doktor menasihatkan supaya bahagian tersebut dipot0ng bagi mengelakkan jangk1tan kum4n mereb4k ke bahagian lain.

“Pada mulanya agak sukar bagi saya meneruskan kehidupan. Tapi saya bersyukur kerana sokongan keluarga memberi semangat untuk bangkit semula,” katanya.

Lebih mesra disapa Danial, dia mula bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat untuk perkhidmatan di sekitar Melaka, sejak hampir dua bulan.

Danial melakukan empat kerja penghantaran pada satu masa.

Pemuda kelahiran Masjid Tanah di Melaka itu bagaimanapun sebelum ini pernah bertugas di sebuah kilang di negeri itu tetapi telah diberhentikan kerja sejak akhir tahun lalu atas sebab-sebab tertentu.

“Rezeki bergantung kepada Tuhan. Kalau ada, adalah. Tapi saya tak putus asa, buat apa saja yang saya boleh lakukan atas sokongan keluarga dan teman-teman rapat.

“Sama juga macam kerja delivery ni. Kalau ada pelanggan, adalah kerja. Kalau tak ada, saya tunggu di mana-mana sampai ada order sebab kerja ni tak boleh putus asa,” tambahnya.

 

Saya harus fikir ke hadapan. Kalau tak buat kerja, bukannya saya boleh dapat duit macam tu saja.

DANIAL ASYRAF ROSLAN

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, selain menjadi penghantar barang, dia turut membuat kerja penghantaran secara sambilan untuk sebuah restoran.

“Pada masa sama, saya buat part time delivery untuk kakak saya yang berniaga susu. Saya juga sedia khidmat runner untuk sesiapa yang memerlukan khidmat penghantaran saya.

“Kiranya ada empat kerja dalam satu masa. Tapi semuanya bergantung rezeki daripada Tuhan. Kalau tak ada yang ini, mungkin ada yang itu,” tambahnya.

Danial bersyukur mendapat sokongan daripada keluarga dan teman-teman rapat.

Danial berkata, dia akan terus berusaha selagi boleh dan kudrat yang dikurniakan untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

“Sekarang ni banyak persaingan, ada banyak rider. Tapi saya tak boleh putus semangat sebab kalau mengalah tak dapat apa-apa.

“Saya harus fikir ke hadapan. Kalau tak buat kerja, bukannya saya boleh dapat duit macam tu saja.

“Walaupun ber’kaki besi’, saya mahu mencabar diri saya untuk berusaha sebagaimana orang lain dan saya percaya rezeki daripada Tuhan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Kaki besi’ tekan pedal cvri tumpuan pengguna jalan raya, ramai tak tahu rider ini sebenarnya buat 4 kerja!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*