Sampai ‘Leave Group’, Neelofa Dedah Masalah Utama Urus Bisnes Bersama Keluarga

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menyatakan dia dan adik beradiknya saling mempercayai dalam menguruskan perniagaan keluarga, Naelofar yang dibina sejak tahun 2014.

Walaubagaimanapun, menurut Neelofa, 31, dia mengakui perselisihan faham sesama mereka sering terjadi terutamanya pada awal permulaan sehinggakan ada yang leave group.

“Isu kepercayaan bukan masalah utama kerana kami percaya antara satu sama lain cumanya cabaran perlu bermain dengan emosi.

“Berselisih pendapat setiap kali nak buat sesuatu, itu biasa! Tiga tahun pertama tu, leave group itu selalu.

“Dekat pejabat kita bekerja, di rumah masih bercerita mengenai bisnes. Tapi Alhamdulillah apa kita lalui semakin mematangkan kita untuk menjadi lebih profesional walaupun kita bekerja sesama adik beradik,” katanya kepada Gempak.

Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran butik terbaharu Naelofar di One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Tambah Neelofa, dia juga tidak terlepas menghadapi cabaran menguruskan pekerja yang bersikap tidak jujur dan amanah dalam bekerja.

Namun begitu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu bersyukur kerana setiap perjalanan yang dilaluinya itu membuahkan hasil.

“Saya masih ingat lagi, kami bermula pada tahun 2014 dengan hanya tiga orang pekerja. Tahun pertama itu memang banyak dugaan antaranya pekerja tak amanah, ambil kesempatan, mencvri, dikh1ianati dan sebagainya.

“Kalau nak ikutkan terlalu banyak, semua cabaran kita dah lalui dan hadapi tapi saya bersyukur sebab daripada situlah kita belajar banyak benda.

“Saya percaya setiap keburukan pasti ada kebaikan. Saya sentiasa berdoa supaya dapat team yang terbaik.

“Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa saya dan hari ini saya memiliki team terbaik yang membantu menjalankan jenama ini,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

After 6 years of being in the market, this store opening felt right to its core. Representing and encapsulating our branding elements. @naelofar #Naelofar #GoNaelofar #WorldOfNaelofar

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Foto: Naelofar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sampai ‘Leave Group’, Neelofa Dedah Masalah Utama Urus Bisnes Bersama Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*