Meskipun sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama aktor dan pengarah, Pekin Ibrahim, pelakon Mona Allen tidak tertek4n biarpun masih belum dikurniakan lagi cahaya mata.
Mona berkata dia tidak tertekan mengenai soal zuriat kerana sibuk dengan kerjaya. Ujarnya, dia dan suami tidak merancang namun jika diberi rezeki dia mahu menimang cahaya mata pada tahun hadapan.
“Saya dan suami tidak merancang apa-apa, mungkin disebabkan terlalu sibuk, jadi tiada masa memikirkannya. Jujurnya, nak berjumpa suami di rumah pun jarang. Bagaimanapun, ia tidak memberikan kesan pada hubungan. Kami masih stabil dan baik.
“Mungkin disebabkan jenis kuat bekerja, jadi kami suka apabila tak selalu berjumpa. Kalau bertemu pun akan selalu bergaduh manja. Sungguhpun, saya tetap merancang mahu menimang cahaya mata, tahun depan,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkata, dia merancang mengambil tempoh rehat seketika pada tahun depan memandangkan dia tidak berhenti bekerja sejak mendirikan rumah tangga.
“Saya tidak putus bekerja sejak berkahwin. Saya hanya rehat ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Apabila penggambaran dibenarkan, saya terus sambung sampai sekarang. Memang tidak berehat lagi.
“Alhamdulillah, rezeki saya berlimpah ruah. Pekin juga sibuk bekerja dan akan keluar dengan lapan filem tahun depan. Ada filem lakonan dan arahan.
“Saya mahupun suami mempunyai hala tuju yang sama. Kami memang kuat bekerja, apatah lagi lakonan adalah jiwa saya,” katanya
Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 208 dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan artis selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber: ROTIKAYA
Be the first to comment on "Ini Reaksi Mengejuttkan Mona Allen Bila Ditanya Soal Zuriat"