“Sebenarnya Saya Dah Dua Kali Gugvr” – Yana Samsudin

Pelakon dan penyanyi Yana Samsudin mendedahkan anak lelakinya, Aisy Mateen adalah individu pertama yang mengetahui tentang berita kehami1lannya.

Ketika dihubungi Gempak, Yana, 36, berkata Mateen pernah bertanyakan mengenai baby ketika hari sambutan ulang tahun perkahwinannya kali kelima pada bulan Februari lalu.

“Masa sambutan hari ulang perkahwinan saya dan Fadzil, Mateen ada sekali. Mateen ada cakap dekat saya, ‘mummy ada baby eh’ sambil dia tepuk pervt. 

“Dia tanya juga dah jumpa doktor ke? Saya cakap dah. Saya dengan yakin jawab sebab masa tu saya baru habis per1iod. 

“Bila kira-kira balik dengan tarikh dijangka bersali1n tu, masa tu saya memang dah mengandvng,” katanya.

Sementara itu, pelakon filem Bini-Biniku G4ngster menyatakan dia sudah dua kali mengalami kegvguran.

“Sebenarnya saya dah dua kali tak jadi (gugvr). Ada yang sembilan minggu dan ada 12 minggu. 

“Masa sambutan tu saya dalam pemantauan doktor. Itu yang tak terfikir langsung saya ham1il,” katanya lagi.

Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.

Dalam perkembangan terkini, pemilik nama Norliana Samsudin merupakan peserta ketiga tersi1ngkir dalam program The Masked Singer Malaysia.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum… a very good morning korang… ☺ Sarap aper tu? Masak or sarap luar hari ni? Kitorang sarap Vitamin D dulu nih 🌞bagus tau

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalam korang… happy good morning semua 🤗😘 Pagi ni gi check up jap👶🏻 korang dah sarap lum tu?

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sebenarnya Saya Dah Dua Kali Gugvr” – Yana Samsudin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*