Jep Sepahtu Dedah Rahim Dapat Teka Semua Pemenang The Masked Singer Tapi Rupa Rupanya

Teka-teki pemilik vokal di sebalik topeng terjawab sepenuhnya apabila penyanyi Aina Abdul yang memakai kostum Bunga Raya diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim pertama.

Pada konsert akhir program tersebut, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, mendapat markah tertinggi daripada pihak juri iaitu sebanyak 96 peratus menerusi persembahan dua buah lagu berjudul Malam Ini Kita Punya dendangan asal Bunkface dan Listen (Beyonce).

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan bekas peserta Ceria Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld sebagai Rajah Brooke di tempat kedua.

Sementara itu, ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang memakai kostum Orang Utan diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Dari 128 Kg Ke 91 Kg…Rahim Sepahtu Masih Belum Puas Hati!

Menerusi instagram Jep Sepahtu, dia telah dedahkan satu tangkap layar dari perbualan whatsapp antara dia dan Rahim.

Perkara ini terjadi malam tadi sebelum berakhirnya Pusingan Akhir The Masked Singer Malaysia.

Rahim telah menghantar satu pesanan whatsapp memberitahu senarai pemenang berdasarkan tekaan dia.

Jep Sepahtu respond kalau semua tekaan rahim betul sudah pasti maklumat ini telah bocor dari kru produksi. Haha!

Ada yang komen dalam instagram Jep samada Jep tidak takut ke bocor rahsia sebab sebelum ini peserta The Masked Singer beritahu terikat kontrak dan jika gagal patuhi saman RM1 Juta akan dikenakan.

Ada yang tolong jawabkan, ‘ Dia tak sign kontrak’ .. Haha!

Senarai markah pemenang:

96 peratus – Aina (Bunga Raya)

95 peratus – Vanessa (Rajah Brooke )

94 peratus – Tuju (Orang Utan)

88 peratus – Alyah (Wau)

87 peratus -Vince (Enggang)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : AwatttSyeikhhh Network

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Jep Sepahtu Dedah Rahim Dapat Teka Semua Pemenang The Masked Singer Tapi Rupa Rupanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*