Permintaan Mila Pada PM

Usahawan dan penyanyi Mila Jirin mencadangkan kerajaan membenarkan pendeposit Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mengeluarkan duit mereka dengan bersyarat.

Kata pemilik nama penuh Norsyarmilla Jirin itu, kerajaan mungkin boleh menggunakan antaranya kaedah pelaksanaan moratorium dalam membenarkan pengeluaran itu dilakukan.

“Mereka minta duit KWSP mereka bukan untuk bersuka ria. Wahai kerajaan tolong bantu mereka yang amat memerlukan.

“Muhyiddin Yassin, saya mencadangkan mereka yang nak keluarkan duit mereka ikut cara moratorium. Contohnya bagi bukti memang pendapatan mereka merosot, gaji dipotong dan diberhentikan kerja atau apa sahajalah yang difikirkan baik,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Baru-baru ini, kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan sebagai langkah mengurangkan beban kesan Covd-19.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021 dengan jumlah pengeluaran sehingga RM6,000.

KWSP pula dalam satu kenyataan berkata, mereka sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran Akaun 1 yang disasarkan seperti diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov lalu.

Mila, 32, berkata rakyat ketika ini semakin terjejas dek Covi1d-19 dan mungkin usaha dilakukan kerajaan itu boleh memudahkan ahli KWSP mula berniaga secara kecil-kecilan.

“Asalkan dapat bagi sedikit dana mungkin boleh dijadikan start up (permulaan) mereka berniaga kecil-kecilan.

“Bantulah mereka wahai kerajaan… rakyat sedang susah,” katanya

3 Cara Kerajaan bantu KWSP tambah pendapatan

Kelab Ahli Parlimen Backbenchers (BN) mengemukakan tiga cadangan bagai kerajaan mencari jalan memulih dan memastikan pencarum Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dengan baki simpanan rendah dapat menambahkan simpanan dengan kadar paling cepat.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak berkata, ia bagi boleh sewaktu pencarum bersara nanti, simpanan mereka di dalam Akaun 1 akan mencukupi.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, tanggungjawab kerajaan bukan untuk menafikan pencarum dari mengakses wang milik mereka sendiri pada masa mereka paling terdesak.

“Perkara ini boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu pertama, selepas Covid-19, kerajaan boleh membantu KWSP untuk meraih pendapatan yang lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP.

“Contohnya, sebelum ini projek KWASA Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek Battersea di United Kingdom serta pemilikan 49 peratus di dalam syarikat PLUS. Bukan diberikan kepada kroni.

“Kedua, menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum dan ketiga mengubah struktur pembayaran dividen kepada struktur berperingkat dengan izin multi-tier dividen structure di mana baki simpanan yang lebih rendah akan terima dividen yang lebih tinggi supaya pembahagian keuntungan KWSP akan lebih memihak kepada pencarum yang mempunyai baki simpanan rendah.

“Dengan ini, simpanan masa tua pencarum yang terpaksa mengeluarkan wang secara one-off dari Akaun 1 dapat dipulihkan dalam masa terdekat,” katanya katanya perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang bekas Menteri Kewangan menjelaskan ,jumlah aset terkumpul KWSP bernilai RM940 bilion pada masa kini dan sekiranya empat juta pencarum mengeluarkan maksima yang dibenarkan sebanyak RM10,000, ia akan mengakibatkan keperluan dicairkan wang tunai sebanyak RM40 billion.

Namun beliau percaya, tidak semua pencarum akan mengeluarkan jumlah maksimum dan kemungkinan jumlah yang diperlukan sekitar RM20 bilion hingga RM30 bilion.

Malah beliau turut yakin jumlah itu mampu disediakan oleh KWSP tambahan lagi Bank Negara boleh membeli bon-bon kerajaan yang dimiliki oleh KWSP.

“Perlu sedar bahawa 49 peratus aset KWSP adalah dalam bentuk bon kerajaan dan Bank Negara boleh membantu dengan pelupusan bon ini tanpa memberi impak besar kepada pasaran bon tempatan.

“Kita bukan mahu memaksa KWSP untuk mencairkan aset ekuiti pada masa nilai aset rendah. Secara tidak langsung menambah wang dalam kitaran atau money circulation dalam ekonomi agar pekerjaan dapat diselamatkan dan ekonomi dapat dirancakkan dengan penambahan permintaan ini merupakan keutamaan kita,” katanya. MG

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Permintaan Mila Pada PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*