“Saya Mahu Single…” Neelofa Buka Mulut Selepas Tindakannya Dipertik4i

KUALA LUMPUR: Pengacara, Neelofa, 31, tidak menjual niqab menerusi jenama tudungnya, Naelofar.

Neelofa yang berniqab sejak 15 Oktober lalu itu berkata, ia bagi mengelakkan salah faham di kalangan orang ramai yang menganggapnya memakai niqab atas tujuan mempromosikan perniagaan tudung.

“Niqab yang saya pakai, hanya dibuat untuk saya, bukan untuk dijual. Saya tak mahu ada salah faham dan cerita kurang enak sebab saya berniqab,” katanya yang berkongsi isu berniqab apabila ditanya pengacara, Sara Rancak menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli belah, Shopee, semalam.

Tidak hanya itu, pengacara Next To Neelofa itu turut menafikan pengeluaran perisa mangga yang menggunakan tanda palang #semaniscintapertama itu mempunyai kaitan dengan hubungannya bersama bekas Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail, 25, yang dikatakan merisik Neelofa pada 1 November lalu.

Neelofa tak akan jual niqab, elak salah faham atas tujuan promosi. – Foto IG Neelofa

“Perancangan ini adalah aturan Allah SWT, bukan saya. Secara kebetulan, ada satu majlis yang berlaku pada masa produk ini dilancarkan. Ia datangnya daripada pihak yang lain, bukan saya. Tetapi, fakta menarik, Haris lagi suka susu pisang daripada mangga,” katanya.

Menjawab pertanyaan dua perkara yang ditukar mengenai dirinya, Neelofa berkata, dia mahu memperbaiki kisah lampaunya.

“Pastinya saya mahu menukar masa lampau. Saya mahu ‘single’ sepanjang tempoh remaja dan terus berkahwin. Dan satu lagi keinginan saya belajar bahasa Arab,” katanya

Pesanan pertama Almarhum Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Neelofa;

“Dunia ini hanya pinjaman Allah SWT kepada kita. Apa yang kamu ada sekarang, apa yang kamu makan, apa yang kamu pakai sekarang, rumah dan kereta kamu hanyalah pinjaman daripada Allah. Semua orang apabila melalui hari-hari seharian tidak sedar bahawa segala apa kepunyaan kita adalah kepunyaan Allah. Jadi disebabkan lalai tentang ingatan itu banyak benda-benda yang tidak baik kita lakukan.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Mahu Single…” Neelofa Buka Mulut Selepas Tindakannya Dipertik4i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*