“W4rning, JANGAN Like Or…” Neelofa Merajuk?

Setiap bulan pasti ada sahaja trend di media sosial yang akan menjadi ikutan ramai.

Kali ini trend zero likes, zero comment dan zero retweet pula yang menjadi ikutan di Twitter!

Mana tidaknya, kebanyakan yang membuat contest ini menawarkan hadiah yang lumayan seperti Iphone 12, kasut, makanan, produk kecantikan dan turut tidak ketinggalan, syarikat pengeluar air boba tea terkenal, iaitu Chatime.

Syarikat itu menawarkan minuman percuma dari mereka selama setahun dengan syarat anda perlu ulang ciapan ataupun quote tweet tersebut dengan zero likes, comment, retweet dan hanya satu pemenang bertuah akan dipilih.

Fuhh mencabar juga ni!

Apa yang menarik perhatian netizen, selebriti dan usahawan terkenal Neelofa juga turut ikut sama mencuba untuk memenangi hadiah tersebut.

Nampaknya usaha Neelofa untuk mendapatkan tawaran tersebut tidak berjaya kerana ramai yang komen, beri tanda suka dan ulang ciapan tersebut!

Malah, Neelofa juga dilihat cuba mengulang ciapan tersebut sekali lagi untuk mencuba nasib, namun masih lagi tidak berjaya. Alahai comel je!

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengusik bakal isteri kepada PU Riz itu.

Malah ada yang mengatakan Neelofa tidak perlu menang contest pun boleh beli satu kedai berkenaan.

Ye tak ye jugak, betul lah tu!

 

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : HOT.FM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“W4rning, JANGAN Like Or…” Neelofa Merajuk?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*