Pembantu Rumah Akhirnya Muncul Semula, Ini Reaksi Betty Rahmad Buat Ramai Terkejut

Pelakon Betty Rahmad akhirnya berjaya bertemu semula dengan pembantu rumahnya yang didakwa melarikan diri pada bulan lepas.

Menurut Betty, hasrat orang gajinya, Anim yang mahu pulang ke Indonesia melalui jalan ‘belakang’ tidak berjaya.

“Misi pulang ke kampung menaiki kapal tongkang nampaknya gagal. Penat aku menangis risau bayangkan dia dalam kapal sayur balik kampung sebelum ni haih.

“Kadang-kadang manusia buat keputusan tak fikir panjang. Tak apalah tutup mata, maafkan dan fikirkan jasa dan kebaikan,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Betty turut memuat naik gambar dirinya sekeluarga bersama Anim yang disifatkan bagaikan jejak kasih.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Menurut Betty lagi, dia juga membenarkan pembantu rumahnya itu pulang ke Indonesia dengan cara yang betul.

“Dipendekkan cerita, esok (hari ini) baru dapat balik naik fkapal terbang InshaAllah secara sah dan dengan surat kebenaran daripada majikan. 

“Doakan semua urusan dia dipermudahkan dan dapat jumpa dengan keluarganya dengan selamat InshaAllah Amin.

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Betty yang disifatkan sebagai majikan yang cukup baik hati.

Sebelum ini, Betty meluahkan rasa sed1h apabila pembantunya itu did4kwa melarikan diri selepas melar4ngnya untuk pulang ke kampungnya ekoran pandem1k Cov1d-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pembantu Rumah Akhirnya Muncul Semula, Ini Reaksi Betty Rahmad Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*