Pernah Bercinta, Putus, Tak Bertegvr – “Happy Belated Birthday Kekanda…” – Ucap Erra Buat Awie

Suatu ketika dulu mereka merupakan pasangan yang hangat diperkatakan. Di saat kemuncak mereka di dalam karier masing-masing sebagai penyanyi dan pelakon, mereka kelihatan sangat secocok.

Tetapi jodoh itu ketentuan Tuhan. Masing-masing membawa haluan sendiri apabila percintaan mereka putus di tengah jalan. Apatah lagi laluannya tidak ‘cantik’ sehinggakan mereka tidak bertegur sapa.

Tapi itu dulu! Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini,  primadona Erra Fazira dan raja rock Datuk Awie sudah mula membina kembali persahabatan mereka.

Dalam satu entri di Instagram milik Erra Fazira, dia memuat naik gambar dan video pendek ketika di set penggambaran bersama Awie.

“Hadiah belated birthday kepada kekanda yang budiman @awieofficial. 

“Alhamdulillah segala onak dvri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Datuk @awieofficial satu nama besar di persada seni tanah air. Alhamdulillah,” tulis Erra.

Pada masa yang sama, Erra turut mengucapkan tahniah kepada Awie dan isteri, Datin Sharifah Ladyana yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Tahniah buat Datuk dan Datin yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.

“Semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah, berjaya dan bahagia zahir batin, dunia akhirat,” doa Erra.

Erra Fazira turut berlakon dalam telefilem yang dihasilkan oleh syarikat produksi milik Awie, Rumah Produksi Merah, dan selain turut berlakon Awie juga bertindak sebagai penerbit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Telefilem komedi seram yang diberi judul Sue-On itu bakal ditayangkan di Astro First tidak lama lagi.  

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman dan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006.

Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,11, Putra Ahmad Rezzki, 10; dan Puteri Qasseh Antasha, 8.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pernah Bercinta, Putus, Tak Bertegvr – “Happy Belated Birthday Kekanda…” – Ucap Erra Buat Awie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*