Manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Itulah hakikatnya bila bercakap mengenai jodoh, ajal dan juga rezeki.
Seperti yang berlaku kepada pemuda dari Indonesia baru-baru ini, dia dikatakan ‘pasrah’ apabila terpaksa memutuskan hubungan percintaan dengan kekasih hati apabila perlu berkahwin dengan jodoh pilihan keluarganya.
Taat dengan ibu bapa, sanggup putus dengan girlfriend
Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di akaun TikTok @Dandhy, dia telah berkongsi kisah perjalanan perkahwinan sepupu lelakinya itu yang dikatakan terpaksa berkahwin dengan gadis yang menjadi pilihan ibu bapanya walaupun dia sebenarnya telah mempunyai teman wanita.
Menurut Dandhy, sepupunya itu merupakan seorang anak yang taat kepada kedua orang tuanya. Oleh itu, pemuda itu sanggup memutuskan hubungannya dengan sang kekasih hati walaupun telah bercinta hampir 3 tahun lamanya demi menuruti perintah mereka.
VIDEO :
Tak boleh jumpa bakal isteri sebelum majlis nikah
Bukan setakat itu sahaja, dia juga langsung tidak dibenarkan untuk bertemu muka dengan bakal isterinya itu sehinggalah hari pernikahan mereka berlangsung.
Sebulan sebelum pernikahan, sepupunya itu sempat meluahkan rasa hati dan keraguannya terhadap pernikahan itu kepadanya.
Dia ragu dengan perjodohan ini kerana dia sudah ada teman wanita dan sudah berkawan selama 3 tahun.
Tak sangka jodoh adalah girlfriend sendiri
Namun, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku ketika majlis pernikahan itu berlangsung apabila pengantin wanita yang cuba ‘disorokkan’ oleh ahli keluarganya selama ini rupa-rupanya adalah teman wanitanya sendiri.
…Tapi dia tak sangka, rupanya wanita yang dijodohkan itu adalah teman wanitanya.
Bertanyakan bagaimana perasaan sepupunya itu apabila akhirnya dapat berjodoh dengan teman wanitanya sendiri, pemuda itu tidak menafikan bahawa dia sangat bahagia apabila memilih untuk menuruti jodoh yang ditetapkan oleh orang tuanya itu
Siapa je yang tak bahagia dapat berjodoh dengan girlfriend sendiri.
Jodoh pilihan keluarga untuk kebahagian anak
Menurutnya, dia beranggapan bahawa jodoh pilihan ibu bapa itu sudah tentu bertujuan untuk kebahagian anak-anak pada masa yang akan datang.
Tambahnya lagi, sebulan yang lepas, dia dan teman wanitanya saling ‘makan hati’ gara-gara tidak boleh bertemu dan berkenalan.
Namun, selepas bertentang mata buat kali ‘pertama’ sewaktu majlis perkahwinan berlangsung, kedua-dua mempelai ternyata ‘senang hati’ dan tidak menyesal untuk taat dengan keputusan ibu bapa masing-masing.
VIDEO :
Wah, kalau dah jodoh tak kemana kan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral
Sumber : Lobak Merah
Be the first to comment on "[Video] Pemuda Pasrah Dipaksa Kahwin Dengan Pilihan Keluarga, Tapi Tak Sangka Rupanya Awek Sendiri"