Cliff Umar Juara GV7, Tapi minta maaf sebab ada perkara dia ‘salah cakap’

Putrajaya: Menepati jangkaan, penyanyi, Cliff Umar diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang melabuhkan tirainya malam tadi.

Berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000, pakej penginapan serta trofi, Cliff berjaya mengetepikan enam peserta lain yang berentap di pentas akhir menerusi tiga persembahan.

Cliff mempersembahkan lagu berjudul Nakal dalam segmen solo, duet bersama Noryn Aziz menerusi lagu Do Anything For Love dalam segmen duet, dan tampil dengan lagu Inilah Nasibku dalam segmen ‘battle’ bersama dua peserta lain iaitu Muss dan Oja.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Muss dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, pakej penginapan dan trofi.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Ayu Damit serta Noraniza Idris, dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan RM20,000, pakej penginapan serta trofi.

Pemenang tempat kelima dan keenam pula ialah Linda Nanuwil dan Oja pula yang berjaya meraih hadiah wang tunai bernilai RM15,000 serta RM10,000, pakej penginapan serta trofi.

Pemenang tempat ketujuh, Ashira tidak pulang dengan tangan kosong dan turut menerima hadiah wang tunai RM5,000, pakej penginapan serta trofi.

Selain itu, Cliff turut menerima Anugerah Bintang Paling Power Meow secara automatik.

Acara kemuncak GV7 yang diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, menampilkan empat juri iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.

‘Maafkan saya!’ – Cliff Umar

Putrajaya: “Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak buat mana-mana pihak terasa hati,”.

Demikian jawapan penyanyi, Cliff Umar ketika diminta mengulas mengenai kata-katanya yang menganggap pelitup muka membuat rasa tidak selesa ketika diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 7 (GV7) sebentar tadi.

Cliff ketika ditemui pada sesi sidang media berkata, pelitup muka itu mengganggunya untuk memberikan ucapan kemenangan.

“Saya maksudkan pelitup muka itu mengganggu, apabila saya nak bercakap dan berikan ucapan.

“Bukan ia mengganggu atau saya tidak bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada Harian Metro.

Kata-kata Cliff itu mula menuai ciapan di pelbagai platform media sosial apabila dianggap tidak menjaga sensitiviti banyak pihaj terutamanya barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan dan mengikut SOP.

Biodata Penyanyi Cliff Umar, Peserta Gegar Vaganza Musim 7 (GV7) 2020

Siapa Cliff Umar? Cliff Umar Joseph merupakan antara penyanyi yang tersenarai sebagai peserta program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Turut serta dalam edisi 2020 pertandingan itu adalah Mus (May), Noraniza Idris, Haslinda, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira Aziz, Oja, Rozita Izlyn, Nomad, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

Biodata Dan Latar Belakang

Cliff Umar atau Cliff Umar Joseph.

Berumur 38 tahun.

Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi dan komposer.

Merupakan vokalis kumpulan Projek Pistol.

Projek Pistol pernah meletup menerusi lagu ‘Wanita Seluruh Dunia’.

‘Wanita Seluruh Dunia’ pernah berentap dalam Anugerah Juara Lagu ke 26 pada tahun 2012, selain tercalon dalam kategori Lagu Rock

Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2010/2011.

Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @cliffumar sehingga kini mempunyai lebih 2000 pengikut.

Fakta Menarik

Merupakan seorang mualaf.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi (SMK Raja Mahadi), Klang, Selangor.

Pernah dikenali sebagai Boy Clifford.

Pernah muncul sebagai pasangan duet kepada penyanyi Nora Ariffin di Gegar Vaganza Musim Musim 3 (GV3) menerusi lagu Bring Me To Life.

Aktif menjayakan persembahan Live Band di sekitar ibu kota.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/cliff-umar-juara-gv7-tapi-minta-maaf-sebeb-ada-perkara-dia-salah-cakap/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Cliff Umar Juara GV7, Tapi minta maaf sebab ada perkara dia ‘salah cakap’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*