Seminggu Larikn Diri ke Hutan Sbb Tkut Dijngkiti COVlD, Tiba-Tiba 40 Org Asli Pulang Semula Dan Ini Puncanya

Minggu lalu, sekumpulan masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Simpang Arang di Iskandar Puteri didapati melarikan diri dari kampung mereka sendiri, gara-gara khuatir dijngk1ti COV1D-19.

Bagaimanapun kira-kira 40 penduduk daripada 15 keluarga dari Kampung Orang Asli terbabit pulang semula ke penempatan asal mereka, semalam.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) Kota Iskandar Pandak Ahmad.

Pulang kerana guru agama di kampung itu sah negat1f

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas guru agama di kampung berkenaan yang didakwa posit1f COV1D-19 menunjukkan surat rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkannya negat1f wbak berkenaan.

” Alhamdulillah, satu pertemuan muhibah diadakan antara guru agama, masyarakat Orang Asli yang melarikan diri serta wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) diadakan di Balai Raya Kampung Simpang Arang 9 malam tadi.

” Perbincangan diadakan secara harmoni dengan guru agama terbabit menunjukkan surat rasmi daripada KKM yang mengesahkannya negatif COV1lD-19.

” Penduduk Orang Asli yang melarikan diri ke hutan semalam memohon maaf terhadap guru agama berkenaan kerana percaya kepada khabar angin dan secara tidak sengaja menyebarkannya sehingga mendatangkan kebimbangan penduduk lain,” katanya ketika dihubungi.

Jumaat lalu, media melaporkan akibat bimbang dijngk1iti wbak COVl1D-19, kira-kira 40 orang daripada 15 keluarga dari Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah, di sini, melarikan diri ke dalam hutan, sejak Isnin lalu..

Tok Batin Kampung Orang Asli Simpang Arang Noore Kasi dilaporkan berkata, anak buahnya mengambil tindakan berkenaan selepas mendengar khabar angin guru agama di kampung berkenaan positif COV1lD-19.

Katanya, khabar angin berkenaan menyebabkan mereka ket4kutan dan tiba-tiba menghilangkan diri pada Isnin lalu.

Tinjauan media di kawasan hutan berkenaan Jumaat lalu, mendapati kawasan muara sungai itu adalah kawasan lapang yang sudah dibersihkan, dengan penduduk dilihat membawa kelengkapan termasuk dapur dan tong gas untuk memasak.

Bagaimanapun, setiap keluarga dilihat hanya berlindung dengan khemah kanvas atau pun atap zink semata-mata sekali gus keselamatan mereka tidak terjamin.

Difahamkan 40 orang asli terbabit termasuk kanak-kanak dan bayi membabitkan 15 keluarga itu berpindah ke kawasan hutan bakau.

Sementara itu, Pandak yang juga Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berkata, pihaknya lega isu berkenaan berjaya diselesaikan secara harmoni.

” Ini kerana sekarang sudah masuk musim hujan, jika mereka hanya berteduh di bawah khemah sahaja, akan mendatangkan anc4man terhadap keselamatan keluarga terutama anak kecil.

” Selain itu, faktor cuaca dan tempat tinggal yang mereka dirikan sekadar khemah sementara dan bangsal tinggal itu juga didapati tidak sesuai dan selamat untuk diduduki,” katanya.

Difahamkan terdapat lebih 800 orang yang mendiami kira-kira 180 rumah di Kampung Orang Asli Simpang Arang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/14/punca-orang-asli-pulang-semula/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Seminggu Larikn Diri ke Hutan Sbb Tkut Dijngkiti COVlD, Tiba-Tiba 40 Org Asli Pulang Semula Dan Ini Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*