Zizan terserempak dengan Ular Sawa di tengah jalan. Sekali dia pergi dekat sampai ini yg terjadi

Zizan memang terkenal dengan telatah lucu dan menghiburkan. Tidak hairanlah posting-posting beliau dan video yang di muat naik di IG rasmi beliau mendapat capaian dan reaksi yang tinggi di kalangan pengikut beliau

Dalam posting terbaru, Zizan ada berkongsi rakaman di mana beliau terserempak dengan ular sawa batik yang sed1h melintas jalan di lebuh raya

Zizan memberanikan diri merakam aksi Ular Sawa tersebut yang kelihatan agak besar

Dengan kereta yang lalu lalang, aksi mendebarkan Ular tersebut menarik perhatian ramai

Menurut Zizan lagi, badan Ular tersebut terkena sedikit tayar kereta tapi masih lagi dapat menyeberang jalan dengan selamat

Berikut rakaman yang di kongsi oleh Zizan

Zizan pernah selamatkan kura-kura

Sebelum ini, dalam satu video telah dikongsi menunjukkan dia terjumpa seekor kura-kura melintas jalan selepas plaza tol.

Zizan mengambil kura-kura itu pulang ke rumahnya sebelum melepaskan kura-kura tersebut di tasik Shah Alam. Telatah Zizan bersama kura-kura tersebut sungguh mencuit hati para netizen

Zizan Komen Pasal Jodoh Lambat

Sebelum ini Pelawak dan pengacara, Zizan Razak bengang apabila soal jodohnya pula dipersendakan netizen selepas reaksinya melihat pelakon, Kamal Adli melamar kekasihnya, Uqasha Senrose menerusi Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020), baru-baru ini.

Reaksi wajah yang ditunjukkan Zizan ketika siaran langsung AME2020 itu juga hangat diperkatakan dalam media sosial, sekali gus kisah percintaannya yang tidak menjadi dengan beberapa selebriti wanita seperti Che Puan Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah turut diperkatakan. Lebih dramatik, semua bekas kekasihnya sudah mendirikan rumah tangga.

Pelakon filem Polis Evo itu sekali lagi menegaskan, soal jodoh bukan terletak di tangannya.

Zizan berkata, dia tidak menolak hasrat untuk menamatkan zaman bujang, memandangkan usianya sudah menjengah 36 tahun, bagaimanapun jodoh adalah rahsia Allah.

Zizan Razak enggan buang masa keluar dating dan berjanji bulan bintang, namun akhirnya hubungan tidak menjadi. – Foto IG Zizan Razak

“Bagi saya, tiada manusia yang tiada perasaan mahu kahwin, sama juga saya. Namun, segala-galanya, saya serahkan pada Allah. Saya percaya jodoh, ajal dan maut Allah yang tentukan.

“Saya mohon maaf atas apa yang berlaku, ia bukannya dirancang. Saya hanya cuma memberi respon yang ‘sporting’ untuk membuatkan program lebih menarik,” katanya

Mengulas lanjut, Zizan tidak menafikan, pernah berniat untuk menyerahkan soal jodoh kepada keluarganya.

“Hati pernah terdetik menyerahkan jodoh pada keluarga. Ibu pernah memberitahu, dia sukakan pada seorang gadis dan cuba mengenali. Kemudiannya, saya terfikir jika saya berkahwin tanpa perasaan, bagaimana?

“Saya sudah hidup selama 36 tahun. Saya tak mahu memperjudikan kehidupan pada orang yang saya tak cinta. Saya risau tak mampu bertahan,” katanya.

Katanya, dia enggan membuang masa menjalinkan hubungan yang tidak pasti.

“Tak guna terus membuang masa, saya bukannya muda lagi. Saya mahu terus berkahwin sekiranya ada yang berkenan di hati. Jika keluarga kedua-dua pihak sudah merestui, semuanya okay, saya boleh berkahwin bila-bila masa.

“Saya rasa buang masa keluar dating, berjanji bulan bintang seumpamanya, tetapi hubungan tidak menjadi.

“Tak dinafikan, ada juga yang berkenan di hati. Bila melihatnya ada juga timbul perasaan suka, tetapi nanti dahululah jika mahu mencuba. Saya takut merosakkan persahabatan kami.

“Saya takut hubungan tak menjadi, lalu persahabatan pun hancur. Akhirnya, jadi kawan sahaja. Jujurnya, saya memang ada sifat buaya, tetapi sekarang tiada lagi,” katanya.

Zizan turut menjelaskan berita yang mengaitkannya dengan selebriti muda seperti Uyaina Arshad dan Hawa Rizwana hanyalah gosip liar.

“Saya anggap mereka seperti adik sahaja. Saya ada dengar ura-ura yang mengatakan ada yang marah. Saya nak jelaskan, mereka hanya adik, saya langsung tiada perasaan.

“Sebab, jika saya nak ‘mengorat’ tak perlulah tunjuk dalam Instagram. Saya ada nombor telefon peribadi mereka, saya boleh mesej atau hubungi untuk ajak keluar. Apa yang saya letak dalam media sosial sekadar hiburan,” katanya.

Justeru, Zizan memohon peminat mendoakan yang terbaik dan tidak membuat kesimpulan negatif mengenai soal jodohnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://trendingsangat.pw/zizan-terserempak-dengan-ular-sawa-di-tengah-jalan-sekali-dia-pergi-dekat/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Zizan terserempak dengan Ular Sawa di tengah jalan. Sekali dia pergi dekat sampai ini yg terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*