PM umum pakej bantuan khas. Ini berita baik untuk i-Sinar dan bayaran fasa terakhir BPN 2.0

Persoalan dengan bantuan berikutan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua (PKP 2.0) akhirnya terjawab

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas jam 4 petang

Pengumuman pakej bantuan khas itu akan disiarkan secara langsung di RTM, Bernama TV, Astro Awani dan TV3.

Ia dijangka akan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat yang kini terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

Kerajaan lancar pakej PERMAI RM15 bilion

KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pakej bantuan PERMAI ini menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

“Kerajaan berulang kali membuktikan tidak akan berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi w4bak C0VID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,” katanya ketika mengumumkan pakej bantuan PERMAI di sini hari ini.

Berikut Lagi Senarai Pengumuman pakej bantuan khas

Ketelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui J/kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan V4ksin C0V1D-19 – PM Muhyiddin

Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini — PM Muhyiddin

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaks1n C0V1D-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan – PM Muhyiddin

Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta – PM Muhyiddin

Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini – PM

iSinar – Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini – PM

JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak – PM Muhyiddin

Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021 – PM Muhyiddin

Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan – PM Muhyiddin

Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April – PM Muhyiddin

Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing – PM Muhyiddin

KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai c4baran akibat PKP serta benc4na banjir – PM

PKS tujuh negeri kena PKP terima Geran Khas Prihatin

Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada kepada 500,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tujuh negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bayaran sebanyak RM1,000,

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi 300,000 PKS di negeri lain, mereka akan menerima RM500.

“Perluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau GKP PERMAI membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

“Bagaimanapun, jika terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri berkenaan dengan serta merta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), hari ini.

BANK UMUMKAN MORATARIUM UNTUK PKP 2.0 TETAPI TIDAK SAMA SEPERTI PKP 1.0. INI KENYATAAN DARI BANK

Institusi perbankan melanjutkan moratorium dan bantuan pembayaran balik bersasar sedia ada kepada mereka yang layak dan terkesan oleh pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri ketika ini.

Lanjutan itu terpakai kepada skim Bantuan Pembayaran Balik Bersasar yang diumumkan sebelum ini, terutama mereka yang kehilangan pekerjaan pada 2020 atau 2021, yang mana mereka boleh memohon bantuan pembayaran untuk tempoh tiga bulan pada bila-bila masa pada atau sebelum 30 Jun 2021.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) dalam satu kenyataan bersama berkata, bagi individu yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan berikutan pandemik boleh memohon untuk mengurangkan pembayaran balik sejajar dengan pengurangan pendapatan mereka.

Kedua-dua persatuan bank itu juga mengumumkan lanjutan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di beberapa negeri dan mereka yang terkesan diminta menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan bantuan kewangan bersasar itu.

“Bagi mereka yang berada dalam kumpulan M40, yang mana adalah penerima Bantuan Prihatin Nasional, bank telah bersetuju untuk pengisytiharan sendiri.

“Bagi individu dalam kategori B40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat boleh meminta penangguhan ansuran selama tiga bulan, atau mengurangkan ansuran mereka sebanyak 50 peratus selama enam bulan,” katanya.

ABM dan AIBIM berkata, bagi enterpris mikro dengan pinjaman/pembiayaan, yang mana jumlah kemudahan asal sehingga RM150,000 boleh meminta untuk penangguhan ansuran tiga bulan atau mengurangkan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus untuk enam bulan.

Ia berkata, bantuan pembayaran balik bagi B40, M40 dan enterpris mikro layak adalah untuk pinjaman/pembiayaan diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak lebih 90 hari pada tarikh permohonan bantuan pembayaran balik dihantar kepada bank.

Semua peminjam/pelanggan lain yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran pinjaman/pembiayaan juga dialu-alukan untuk menghubungi bank mereka bagi membincangkan pakej bantuan pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan tertentu mereka.

Pada 31 Disember 2020, lebih 1.3 juta permohonan bantuan pembayaran balik diterima, dengan kadar kelulusan 95 peratus.

Pengerusi ABM dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, berkata bank kekal komited untuk membantu pelanggan yang terus berdepan cabaran persekitaran semasa.

Beliau berkata, bank dapat menyesuaikan skim bantuan kewangan khusus dengan keadaan peminjam supaya mereka dapat menstabilkan keadaan kewangan mereka dengan pantas dan menumpukan perhatian pada aspek lain dalam kehidupan mereka yang mungkin memerlukan lebih banyak perhatian.

Sementara itu, Presiden AIBIM dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic, Datuk Adissadikin Ali, berkata beliau yakin negara lebih bersedia dan begitu juga peserta perbankan dan rakyat dalam menempuh tempoh mencabar ini.

Beliau berkata, komunikasi antara pelanggan terjejas dan bank mesti berterusan bagi manfaat kedua-dua pihak.

“Bantuan pembayaran masih tersedia untuk mereka yang terjejas,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/pm-umum-pakej-bpn-isinar/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "PM umum pakej bantuan khas. Ini berita baik untuk i-Sinar dan bayaran fasa terakhir BPN 2.0"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*