“Kita Kena Selalu Dudvk Di Bawah, Jangan Cab4r Eg0 Lelaki” Noor Kartini

Baru-baru ini, menerusi video sembang santai keluarga Datin Noor Kartini dimuat naik di saluran Youtube Rosix & Bella.

Menariknya dalam video tersebut, anak perempuan Noor Kartini iaitu Little Miss Khan (LMK) atau nama sebenarnya Ameera Khan bertanyakan apakah nasihat terbaik daripada ibunya tentang perkahwinan.

Secara ringkas, Noor Kartini menasihati LMK,  supaya mengenali hati budi pasangan mereka lebih mendalam, lagi-lagi jika bergelar isteri pada suatu masa nanti.

“Kena kenal siapa pilihan hati kita. Ibarat macam kita buat kek, acuan itu ibarat suami, jadi kita kena masuk dalam acuan itu. Jadi kita kena faham dan harus kenal siapa suami kita,” nasihatnya.

Dalam perbualan anak beranak ini, LMK mencelah memberitahu ibunya bahawa dia agak sukar untuk memahami hati seorang lelaki yang sering berubah-ubah.

Kata LMK, melalui pengalamannya sendiri, dia pernah menemui lelaki yang pada awalnya seorang yang baik namun berubah jadi jahat. Ini reaksi Noor Kartini;

“Orang lelaki ni, mereka tahu dia ada ku4sa. Eg0 mereka tinggi, kita sebagai perempuan, kita kena selalu duduk di bawah mereka. Jadi kita kena sabar dan kalau kita cabar eg0 mereka, dia lagi akan member0ntak dan akan jadi lebih tervk.

“Sebenarnya, lelaki ini senang je, kalau kita faham mereka. Kalau kita ikut dia, tahu apa yang dia suka atau tak suka, kita akan menang,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Ameera Khan yang juga merupakan adik kepada selebriti popular Neelofa pernah dig0sipkan bercinta dengan anak seorang wakil rakyat. Namun, sehingga hari ini tidak dapat dipastikan sejauh mana hubungan mereka berdua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Murai

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kita Kena Selalu Dudvk Di Bawah, Jangan Cab4r Eg0 Lelaki” Noor Kartini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*