Berjauhan dengan insan tersayang merupakan satu momen per1t yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Itulah perasaan yang dialami oleh seorang wanita apabila terpaksa menanggung rindu terhadap suami tercinta.
Namun, kerinduan tersebut akhirnya terubat selepas si suami telah pulang ke pangkuan keluarga tersayang.
Seorang wanita yang dikenali dengan Asmhabd telah berkongsi satu video di TikTok memaparkan reaksi adik ipar dan anak-anaknya yang sangat terkejut dan tidak menyangka selepas melihat kepulangan insan tersayang. Berdasarkan video pendek yang dikongsikan, kelihatan seorang wanita tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja melihat si suami melangkah masuk ke dalam rumahnya.
Setelah hampir setahun tidak berjumpa, akhirnya terubat juga rindu mereka! Difahamkan, suami wanita berkenaan bekerja di Singapura dan disebabkan kos yang diperlukan untuk pulang ke Malaysia adalah sangat tinggi. Oleh itu, dia terpaksa mengambil masa untuk mengumpul wang sebelum pulang berjumpa keluarga di tanah air. Menurut sumber, sepanjang tempoh mereka berjauhan, pasangan ini hanya menghubungi menerusi telefon dan video call sahaja untuk melepaskan rindu.
Terkejut dapat suprise papa dia balik . Setahun tak jumpa sebab covid ni . 10kali aku tgok , 10kali aku menangis 😂😂. ##adikipar ##papakimimaira
Sumber: Asmhabd
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia
Sumber : Oh Bulan
Be the first to comment on "[VIDEO] Suami Buat Kejutan Pulang Ke Rumah Lepas Setahun ‘Terpisah’, Reaksi Isteri & Anak-Anak Bikin Sebak!"