Muat Naik Foto Berbaju Pengantin, Uyaina Arshad Dah Kahwin?

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad sebelum ini telah mendedahkan diri beliau dirisik oleh keluarga Raja Syahiran pada November 2020.

Oleh itu, hubungan Uyaina dan Syahiran dilihat sudah serius dan menuju ke alam perkahwinan pula.

Pada 14 Mac 2021, Uyaina telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Hantaran itu menunjukkan 3 foto Uyaina dengan dirinya berbusana pengantin serba putih.

Dengan caption ringkas “Alhamdullillah 🤍” yang ditulis, adakah Uyaina sudah berkahwin?

Namun memakai pakaian pengantin juga adalah satu kebiasaan buat pelakon untuk adegan hari perkahwinan.

Mungkin juga Uyaina sedang terlibat dengan penggambaran untuk urusan kerja.

Bagaimanapun, ruangan komen untuk perkongsian ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada orang ramai termasuklah rakan-rakan selebriti.

Apapun, berita baik tentang hubungan Uyaina dan Syahiran akan didengar juga nanti.

Cuma tunggu tuan badan sahaja yang umumkan bila waktunya sudah tiba.

Sumber: Instagram Uyaina Arshad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HOTFM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Muat Naik Foto Berbaju Pengantin, Uyaina Arshad Dah Kahwin?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*