Pernah Menangis Gara2 AJL, Wany Hasrita Dedah Sesuatu Buat Ramai Tak Sangka

Sudah lumrah dalam dunia hiburan, tidak selalunya semua indah setiap masa.

Tambahan lagi buat pendatang baharu, ia pasti sesuatu yang mencabar namun kekuatan diri sangat penting untuk terus bertahan hingga menjadi bintang yang menyinar.

Terkenangkan perkara itu, penyanyi Wany Hasrita telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya pada 15 Mac 2021.

Hantaran tersebut setelah beliau dan rakan duet, Dato’ Jamal Abdillah telah memperoleh tempat ke-3 dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) 35 dengan membawakan lagu Belenggu Rindu.

Menurut caption:-

2 tahun lepas, malam #AJL32 saya tidur dengan tangisan. Alhamdulillah, 2 tahun selepas itu, Belenggu Rindu mendapat tempat ke-3 #AJL35. Semua ini sangat mustahil untuk digapai tanpa sokongan dari @[email protected]@sevocestudio dan komposer yang sgt berbakat @ezrakong & @haelhusaini . Terima kasih juga kepada juri dan juga team @tv3malaysia💫

Terima kasih kerana mempercayai wany untuk membawakan lagu yang sangat istimewa ni. Wany hargai.”

Wany mengimbau keadaan dirinya yang berduka kerana persembahannya pada malam AJL 32.

Malah beliau pernah mengakui trauma untuk menyanyi secara live dalam program televisyen.

Jika dilihat kembali persembahan Wany pada 12 Februari 2018, beliau telah menerima banyak kecaman daripada segi suara, pakaian dan persembahan.

Persembahan beliau dengan lagu Menahan Rindu mungkin ada kekurangannya, namun beliau semestinya sudah membuat yang terbaik.

Namun tidak terus melihat ia sebagai satu kegagalan semata-mata, Wany bangkit dengan menyanyikan beberapa lagu lain.

Hasil usaha dan kecekalan, maka lahirlah Wany Hasrita kini yang menyinar dan dikenali sebagai seorang yang berbakat dalam seni suara.

Syabas diucapkan buat Wany Hasrita dan Dato’ Jamal Abdillah atas kejayaan dalam AJL 35.

Semoga terus maju dan menyinar dalam industri hiburan tanah air.

 

 

Sumber: Instagram Wany Hasrita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HOTFM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pernah Menangis Gara2 AJL, Wany Hasrita Dedah Sesuatu Buat Ramai Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*