[Video] Gadis Sebak Tengok BFF Kahwin, Reaksi Pengantin Lagi Bikin Sedih

Sebagai seorang perempuan, melihat kawan baik sendiri kahwin boleh jadi sesuatu yang sangat menyedihkan. Jika sebelum ini kerap bersama-sama, selepas ini pastinya semuanya tidak akan sama lagi seperti dulu. Sama lah seperti yang dirasai oleh gadis ini yang sebak melihat kawan baiknya telah selamat melangsungkan pernikahan.

Di dalam video yang dikongsikan di Tik Tok ini, gadis itu menghadiri majlis pernikahan kawan baiknya itu dan duduk di sebelahnya semasa akad nikah dijalankan. Melihat kawan baiknya yang selamat disatukan dengan kekasih hatinya, tidak semena-mena gadis itu tidak dapat mengawal emosinya.

@keboonrumah

Wedding = Goodbye Friend 💋 ##fyp ##tiktokmalaysia ##foryoupage

♬ original sound – piqaaa

Mungkin sebak dengan situasi tersebut, gadis itu dilihat mengalirkan air mata dan cuba menyembunyikannya dari pengantin di sebelah. Dia juga sempat mengunyah gula-gula getah kononnya untuk menghilangkan rasa sebak di hati. Tetapi pengantin perempuan yang sedar dengan apa yang berlaku dengan pantas menarik tangan rakannya itu untuk menenangkannya.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen sama-sama sebak dan faham situasi yang dilalui oleh gadis ini apabila melihat rakan baik sendiri sudah berkahwin. Pastinya pelbagai kenangan dan memori indah sepanjang perkenalan dahulu menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan. Netizen turut berkongsikan pengalaman mereka di ruangan komen.

“Bulan 6 ni bestfriend aku nak kahwin, sumpah aku tak ready. Lepas ni aku nak lepak dengan siapa, nak keluar dengan siapa.”

gadis sebak

“Mostly kawan I yang dah kahwin dah tak rapat lagi macam dulu. Dorang dah duduk jauh ikut suami. Chat pun kadang reply kadang tak sebab dorang busy dengan tanggungjawab jaga anak jaga suami.”

pengantin

“Sahabat aku baru je nikah Khamis lepas. Nangis weyy sumpah rasa macam tak percaya dia dah kahwin and aku gembira bila dia pun gembira.”

tik tok

“Aku harap aku kahwin pada tahun yang sama dengan bestfriend aku. Takdelah rasa kehilangan sangat.”

komen

Gadis itu turut memberitahu semasa menuju ke masjid, dia sendiri yang memandu kereta untuk membawa pengantin perempuan itu untuk akad nikah. Selepas akad nikah, kawan baiknya itu pulang bersama-sama suaminya menambahkan lagi rasa sedih yang dirasainya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: HCL

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[Video] Gadis Sebak Tengok BFF Kahwin, Reaksi Pengantin Lagi Bikin Sedih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*