“Ezza Sentiasa Setia Berada Di Sisi Saya” – Remy Ishak

Perkongsian Remy Ishak baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila membuat majlis kejutan hari jadi buat bekas tunangnya Ezza Yusof.

Kemesraan Remy dan Ezza sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa kedua mereka sudah kembali bersama. Bagaimanapun, Remy mengakui dia masih solo dan belum mempunyai pengganti.

“Saya masih lagi solo. Walaupun kami dah putus dalam pertunangan tapi kami masih lagi berkawan baik sehingga sekarang.

“Tak semestinya kami dah putus tunang, hubungan pun terus putus. Saya tak berani nak cakap pasal benda ni takut kalau tersalah cakap akan melukakan hati pihak di sebelah sana,” katanya.

Mengakui sudah sampau masanya untuk dia mendirikan rumah tangga, bagaimanapun pelakon berusia 39 tahun itu tidak mahu terburu-buru.

“Saya sendiri secara peribadi ada rasa nak kahwin, yelah umur dah macam ini bila balik rumah rasa sunyi. Sudah sampai masanya (untuk berkahwin), kalau ada jodoh saya dengan Ezza, adalah. Saya pun selesa dengan dia sebab dia seorang yang penyabar dan memahami saya.

“Satu yang saya respect dengan Ezza dia sentiasa ada di sisi saya, ada ketikanya saya juga pernah melalui fasa-fasa jatuh bangun dalam hidup dan dia antara individu yang sentias setia berada di samping saya,” katanya.

Dalam pada itu, Remy berkata dia tidak akan merahsiakan kepada pihak media dan peminat jika sudah sampai masanya untuk dia mendirikan rumah tangga.

“Jangan risau saya akan beritahu kepada semua jika saya kahwin nanti, saya tidak akan berahsia,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan selama dua tahun sebelum memutuskan hubungan pada 2019.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ezza Sentiasa Setia Berada Di Sisi Saya” – Remy Ishak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*