“Tak MaIu Ke?” Muat Naik Foto Lepas Berbasikal, Ramai Tegvr Avrat Ismail Izzani Dan Rakan-Rakan

Kata orang jadi perempuan ni susah sebab kena jaga avrat, tapi itu tidak bermaksud seorang lelaki Muslim tak perlu menjaga avrat mereka.

Mungkin perkara tersebut nampak remeh namun ia sering menjadi pergaduhan antara sebilangan warganet.

Penyanyi Ismail Izzani atau lebih mesra disapa dengan panggilan Mael itu ada memuat naik foto beliau bersama dengan kekasih hatinya iaitu Shalma Eliana dan rakan-rakannya yang lain selepas selesai berbasikal di kawasan Elmina Valley.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah ramai pengikut Mael di laman Instagram miliknya telah meninggalkan komen yang berbaur tegvran mengenai auratnya.

Seperti yang kita tahu, aurat lelaki bermula di kawasan antara pusat dan lutut.

Foto yang dimuat naik oleh Mael telah menampakkan sedikit aurat dirinya dan rakan lelakinya yang lain sehingga membuatkan pengikutnya terpanggil untuk menegur.

Tidak dinafikan foto tersebut sememangnya mengundang teguran daripada peminat tapi boleh jadi Mael tak perasan tentang perkara tersebut, maklumlah kita semua kan manusia biasa.

Lepas ni Mael kena lebih hati-hati dalam kongsikan foto di laman sosial okay!

Sumber foto: Instagram Ismail Izzani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : hotfm

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tak MaIu Ke?” Muat Naik Foto Lepas Berbasikal, Ramai Tegvr Avrat Ismail Izzani Dan Rakan-Rakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*