Ini Tindakan Terbaru Polis Terhadap Neelofa Dan Suami

LANGKAWI – Polis akan membuka kertas s1asatan berhubung t1ndakan selebriti popular Neelofa memuat naik gambar dan video bersama suami, Haris Ismail bersiar-siar di pulau peranginan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan segera meny1asat gambar dan video yang dimuat naik di media sosial.

“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu mel4nggar SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

“Jadi dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas s1asatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral tadi,” katanya.

Abdul Hamid meninjau kawasan Unit K9 di Pit Latihan Seksyen K9 di Langkawi hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Unit Anjing Pengesan K9 di Pit Latihan Seksyen K9 di sini hari ini.

Beliau berkata, pegawai peny1asat juga akan bertanyakan tentang aktiviti berkenaan sama ada ia merupakan sebahagian urusan perniagaan selebriti terbabit.

“Itu macam santai-santai sahaja, selain tidak boleh datang dari negeri PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ke PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan),” ujarnya. – K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Kosmo

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ini Tindakan Terbaru Polis Terhadap Neelofa Dan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*