Bakal peguam ‘bersanding’ sendirian, Ada kata nikah bvnian

KEWUJUDAN alam buni4n sememangnya mencetvskan m1steri membingungkan buat masyarakat di negara ini, lantaran dunia m1stik itu did4kwa wujud tetapi terselindung di sebalik pandangan manusia biasa.

Misteri dunia buni4n hanya terbongkar dan diketahui umum selepas segelintir pihak mend4kwa berjaya melangkah memasuki dimensi alam gh4ib itu menerusi beberapa siri kejadian aneh dan m1stik.

Lalu pelbagai cerita mengenai pengembaraan pihak itu ke alam bun1an mula tersebar sejak zaman silam hingga ke generasi sekarang menyebabkan ramai penduduk meyakini bahawa dunia paranormal itu sememangnya wujud.Tapi lain pula kisahnya yang berlaku kepada lelaki ini

GAMBAR seorang lelaki berbaju Melayu kuning, lengkap dengan songkok dan samping yang sedang bersanding sendirian atas pelamin ternyata mencvri perhatian netizen.

Selepas dikongsi ke laman Twitter, gambar Muhammad Muzaffar Mohd Yazid, 22, turut ditularkan oleh individu lain ke laman Facebook dan Instagram sehingga menjadi tul4r.

Mesra disapa Muzaffar, dia mengakui dihujani pelbagai spekvlasi, tak kurang juga andaian-andaian tidak masuk akal hanya kerana gambarnya yang bersanding sendirian.

“Ada yang tinggalkan komen kata saya bersanding dengan buni4n. Ada juga yang tumpang simpati kerana menyangka pengantin perempuan meningg4l dun1a.

“Saya pada mulanya sekadar kongsi gambar di Twitter. Kemudian ada yang sebarkan di Facebook dan Instagram, habis bertebaran sehingga dimaklumkan oleh kawan-kawan dan saudara mara.

“Ada juga gambar yang saya bersalam sendirian, mereka kata saya sedang jinakkan ular.Tapi saya anggap sebagai jenaka, saya tak ambil hati. Saya terhibur baca semua komen.

Foto dikongsi menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan netizen.

“Cuma terkejut tiba-tiba masuk banyak notification.Biasalah, orang single biasanya tak banyak notification di telefon mereka,” ujarnya berseloroh ketika dihubungi mStar.

Menjelaskan hal sebenar, Muzaffar yang juga pelajar bidang Undang-Undang di Univeriti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor, bertugas sebagai pengacara di majlis itu.

Tambahnya, dia sekadar bergambar kenang-kenangan di pelamin sebelum majlis bermula dan sama sekali tidak menyangka ia akan tul4r sehingga dikongsi ribuan pengguna media sosial.

Jika dijemput mengacara mana-mana majlis selepas ini, saya tak menolak rezeki.

MUZAFFAR

“Ia sebenarnya majlis perkahwinan anak kepada pensyarah saya. Saya bertugas sebagai pengacara majlis dengan seorang lagi rakan.

“Pagi tu saya datang awal, saya ambil gambar sementara tiada orang. Ianya secara spontan, saya pun tak tahu nak pose macam mana.

“Kalau ada orang, memang saya tak akan bergambar macam tu,” ujarnya lagi.

Muzaffar mula menjadi pengacara sejak di bangku sekolah lagi.

Tambah Muzaffar, majlis itu berlangsung di Bangi Resort Hotel pada Ahad lalu.

Bercerita mengenai dirinya, Muzaffar yang juga Pesiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang (Perundang) UKM sudah terbiasa menjadi pengacara sejak zaman sekolah lagi.

Bercita-cita menjadi peguam, Muzaffar juga tidak menolak rezeki seandainya menerima tawaran untuk mengemudi mana-mana majlis atau acara, jika berkesempatan.

Muzaffar merupakan Pesiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang (Perundang) UKM.

“Saya sangat meminati pengacara Ahmad Fedtri Yahya. Saya kagum dengan laras bahasa yang digunakan beliau. Minat mengacara saya dipupuk sejak zaman sekolah rendah sebenarnya.

“Saya juga seorang pengawas. Jadi naik pentas untuk bertugas sewaktu perhimpunan tu satu perkara biasa. Kalau ada apa-apa program, saya memang akan libatkan diri untuk jaga protokol atau jadi pengacara.

“Jika dijemput mengacara mana-mana majlis selepas ini, saya tak menolak rezeki. Bila mengacara, terbit satu rasa puas. Ia bagaikan terapi untuk saya,” ujarnya lagi.

sumber: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bakal peguam ‘bersanding’ sendirian, Ada kata nikah bvnian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*