Duriankimchi Junior Bakal Lahir, Ryzal Ibrahim Terkesima Dapat Tahu Maryam HamiI 3 Bulan

Perkataan Duriankimchi yang terhasil kerana penyatuan cinta Ryzal Ibrahim dari Malaysia dan Maryam Younarae dari Korea Selatan, akan mewujudkan Duriankimchi Junior.

Ia setelah pasangan itu berkongsi berita baik tentang keham1lan Maryam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Melalui caption:-

“Maryam Hamiil 3 Bulan!

Syukur Alhamdulillah, Akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah.

Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami.

Duriankimchi Junior bakal menyusul 😅

Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti.”

Berdasarkan video yang dimuat naik di Instagram, Ryzal kelihatan terkesima dengan berita tersebut kerana risau jika ianya hanyalah satu prank.

Ini kerana pasangan bintang media sosial tersebut selalu memuat naik kandungan-kandungan video yang berbentuk gurauan.

Namun Maryam cuba meyakinkan suaminya akan kebenaran hal berkenaan.

Sementara itu, ruangan komen perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah buat Ryzal dan Maryam.

Dalam pada itu, Maryam sudah mengesahkan dirinya benar-benar hamil setelah melakukan pemeriksaan secara rasmi.

Semoga Maryam diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjaga kandvngan tersebut sehingga hari bersal1n nanti.

Kami juga ingin ucapkan tahniah buat mereka!

Sumber: Instagram Duriankimchi dan Maryam Younarae

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: HOTFM

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Duriankimchi Junior Bakal Lahir, Ryzal Ibrahim Terkesima Dapat Tahu Maryam HamiI 3 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*