Selamat Jalan Phlawan. Ada Satu Lagi Rkaman Video Bvat Ramal Sbak. Al Fatihah Dan Salam Takziah

KUALA LUMPUR : Sebuah video berdurasi 22 saat yang memaparkan kru kapal selam KRI Nanggala 402 kini tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, sembilan anggota kru kapal selam m.alang terb.abit dilihat menyanyikan lagu bertajuk ‘Sampai Jumpa’.

Video berkenaan dikongsikan oleh penyanyi asal lagu itu, Erix Soekamti dalam laman Instagramnya pada awal pagi Ahad.

Menerusi video yang tular di Indonesia itu, jelas kelihatan seorang kru sedang bermain gitar, sementara anggota yang lain menyanyikan lirik lagu ‘Sampai Jumpa’ di dalam sebuah ruang yang dipercayai kapal selam KRI Nanggala 402.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang medianya mengesahkan kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 telah mening.gal dunia.

Jelasnya, pengumuman itu dibuat selepas beberapa bahagian kapal selam itu ditemui hasil penelitian dasar laut.

Sebelum itu, pada 3.46 pagi Rabu (21 April 2021), KRI Nanggala melaksanakan penyelaman, kemudian pada 4 pagi bersiap sedia untuk melakukan pen.embakan t.orpedo.

Bagaimanapun, pada 4.25 pagi selepas arahan kebenaran pene.mbakan diberikan, komunikasi dengan Nanggala telah terp.utus di perairan Bali.

B.angkai KRI Nanggala 402 disahkan selepas pasukan penyelamat menggunakan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) yang dibekalkan Singapura untuk meninjau lokasi dasar laut berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, lebih banyak bahagian daripada kapal selam ditemui termasuk sauh dan pakaian keselamatan yang dipakai kru.

“Terdapat beberapa bahagian KRI Nanggala 402. Ia terb.elah kepada tiga bahagian,” kata Yudo.

Datang Akan Pergi

Alfatihah utk semua. K.ematian yg dicemburui.. mening.gal dibulan Ramadhan ketika bekerja . Semoga syurga utk semua Aminnnn.

Seolah2 mereka dapat merasakan sesuatu … Lirik lagu ni sngat touchinggg.

“Datang akan pergi, Lewat ‘kan berlalu, Ada ‘kan tiada bertemu akan berp.isah, Awal ‘kan berakhir

Terbit ‘kan teng.gelam, Pasang akan surut bertemu akan berp.isah.

Kredit : Astro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TTK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selamat Jalan Phlawan. Ada Satu Lagi Rkaman Video Bvat Ramal Sbak. Al Fatihah Dan Salam Takziah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*