Selepas masuk bilik persalinan pemain Terengganu, TMJ muat naik satu status makan dalam

Kuala Lumpur: Nak bu.nuh JDT (Johor Darul Ta’zim), kena matikan dulu TMJ (Tengku Mahkota Johor).

Itu penjelasan Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi komen di laman Instagram susulan terhadap kekalahan skuad Harimau Selatan kepada Terengganu FC, Sabtu malam.

Pada perlawanan terbabit, Terengganu FC meleburkan rekod tanpa kalah 21 perlawanan JDT selepas tewas tipis 0-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.

Menerusi Instagram Tunku Ismail memaklumkan bahawa kekalahan di tangan skuad penyu adalah perkara biasa dan paling penting rekod yang dicipta pasukan terbabit masih lagi belum ada pasukan lain pecahkan.

Katanya, matlamat dan agenda juara tujuh kali berturut-turut Liga Super itu sangat jelas dan boleh dikatakan tidak ‘goyah’ dengan kekalahan terbabit selepas mencipta rekod tanpa tewas selama dua tahun.

“Rekod-rekod kami masih belum ada pasukan pecahkan…kami masih di sini dan our agenda adalah jelas… dua tahun tak kalah.. kekalahan akan berlaku…tak menang piala akan berlaku.

“Tetapi kelab aset dan pencapaian masih wujud serta kekal. Semangat kami adalah anda, apabila kami menang, terima kasih kepada anda.

“Apabila kami kalah, minta maaf kami sudah mencuba yang terbaik… Last sekali kepada penyokong kami dan penyokong bola sepak tanah air. Saya masih hidup dan JDT akan terus akan terus kekal sebagai pasukan gergasi,” katanya, menerusi ruangan komen di Instagram miliknya.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada pihak tertentu bahawa bukan mudah untuk ‘matikan’ JDT selagi Tunku Ismail kekal sebagai pemilik kelab berkenaan.

“Nak bu.nuh JDT kena m4tikan TMJ dahulu namun semua sedia maklum perkara itu bukan mudah. Kepada JDT ini bukan kali pertama kita kalah so rilek (tenang) kepada yang benci kami goodluck (semoga berjaya).

Terdahulu Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat bersikap profesional apabila secara terbuka mengucapkan tahniah kepada Terengganu FC (TFC) yang menewaskan pasukannya 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Ia dapat dilihat menerusi satu video yang tersebar di media sosial apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu memasuki bilik persalinan pasukan TFC selepas perlawanan dan berjumpa dengan anak buah Nafuzi Zain sambil mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka.

“Saya datang untuk ucap tahniah sahaja. Semoga berjaya untuk tahun ini,” kata TMJ ketika bertemu dengan barisan pemain TFC di dalam bilik persalinan.

TMJ juga dilihat sempat bergurau dengan beberapa tonggak import TFC.

Pada aksi semalam, jaringan Mohamad Hakimi Abdullah minit ke-57 sudah cukup untuk TFC membawa pulang tiga mata berharga dari gelanggang keramat JDT.

Kemenangan itu menyaksikan TFC kini hanya dua mata di belakang JDT sekali gus menyaksikan perebutan untuk kejuaraan Liga Super masih terbuka luas.

Terengganu calar rekod tanpa kalah JDT

JUARA Liga Super sebanyak tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikejutkan dengan kekalahan tipis 0-1 di tangan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam Sabtu.

Pemain tengah berusia 21 tahun, Mohamad Hakimi Abdullah muncul wira skuad Penyu apabila berjaya menghukum kesilapan pemain pertahanan JDT pada minit ke-57 untuk gol kemenangan itu.

Kali terakhir TFC mencatatkan kemenangan ke atas JDT adalah ketika kempen Piala Malaysia pada Oktober 2018, manakala pertemuan selepas itu menyaksikan keputusan terikat sebanyak tiga kali dan JDT menang sebanyak tiga kali.

Keputusan itu juga mencalar rekod tanpa kalah JDT, yang belum tewas dalam sembilan perlawanan Liga Super musim ini, selepas kali terakhir tewas dalam aksi liga pada Julai 2019 di tangan Petaling Jaya (PJ) City FC dengan keputusan 0-1.

JDT bagaimanapun kekal di persada Liga Super dengan 23 mata daripada 10 perlawanan, diikuti TFC (21 mata) dan Kedah Darul Aman FC (20 mata).

Sementara itu, Penang FC terus menambah derita buat Sri Pahang FC apabila membenam skuad Tok Gajah 3-0 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Skuad Harimau Kumbang mempamerkan kekuasaan apabila menjaringkan gol menerusi pemain import dari Brazil Endrick Dos Santos pada minit ke-11 dan Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-26.

Skuad kendalian Tomas Trucha yang terus melakukan serangan bertali arus menambah jaringan menerusi tandukan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew pada masa kecederaan (90+1) untuk kekal di tempat keempat dengan 19 mata.

Jaringan tunggal M Tamilmaran pada minit ke-81 membantu PJ City FC mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot liga, UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Saingan Liga Premier pula menyaksikan Negeri Sembilan FC kekal di tangga teratas selepas berjaya mengikat pencabar terdekat, Sarawak United 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Skuad kendalian E. Elavarasan membuka jaringan seawal minit pertama menerusi Muhammad Gopi Rizqi Ramachandra, namun Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan Menerusi Alain Thierry Akono pada minit ke-61.

Kelantan United berjaya mengatasi Kuching City FC 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, manakala TFC II mengikat Selangor FC 2 dengan keputusan 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Negeri Sembilan berada di puncak dengan 18 mata selepas sembilan perlawanan setakat ini, diikuti Sarawak United yang mempunyai satu perlawanan di tangan dengan 17 mata dan Kelantan United dengan 16 mata.- Bernama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas masuk bilik persalinan pemain Terengganu, TMJ muat naik satu status makan dalam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*