Apabila melanjutkan pelajaran ke universiti, ibu bapa yang biasanya akan menguruskan pinjaman anak-anak agar pengajian mereka berjalan lancar. Oleh itu menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membayar semula pinjaman yang telah dibuat setelah mereka habis belajar dan mempunyai perkerjaan.
Namun perkongsian seorang wanita ini menimbulkan rasa geram orang ramai apabila dia mendedahkan bahawa ada sesetengah golongan yang meminta ibu bapa tolong menguruskan pembayaran pinjaman mereka di kaunter pejabat pembayaran.
Dalam video yang tular di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa marahnya apabila ibu bapa yang sudah tua datang ke kaunter untuk bayarkan pinjaman anak-anak mereka.
Ada ek manusia camni? Dah besar panjang pun takde common sense. pic.twitter.com/mkJgZ5Ho4i
— DR TED VADER (@LelakiOnTheGo) May 26, 2021
Walaupun dia mengakui perkara itu tidak salah, dia mengingatkan orang ramai untuk menyerahkan maklumat lengkap kepada ibu bapa sebelum meminta bantuan mereka untuk membayarkan apa-apa di kaunter.
Apa yang membuatkannya kecewa adalah melihat ibu bapa yang sudah tua terpinga-pinga apabila ditanyakan nombor akaun anak-anak apabila ingin membuat pembayaran.
Ibu bapa kemudian terpaksa membuat panggilan yang mana tidak dijawab anak mereka. Lebih mengecewakan, individu yang melakukan perkara itu adalah mereka yang telah dewasa dan sepatutnya tidak menyuruh ibu bapa bayarkan pinjaman mereka.
Perkongsian wanita berkenaan menerima pelbagai komen, rata-ratanya pernah menyaksikan situasi yang sama membuat mereka sendiri rasa bersalah.
“Terpinga-pinga…”
I've seen one situation camni.. Terpinga pinga auntie tu 😭 https://t.co/eEhM0EyAVj
— sheng 🐞 (@nshahirahsheng) May 27, 2021
“Blajaq tggi2 xkn xpndai on9…”
Blajaq tggi2 xkn xpndai on9 https://t.co/MGTfEXDKHw
— Fizaazif (@Fizaazif1) May 27, 2021
umur tidak menjamin untuk kematangan otak.. aku dah 28 rasa tak perlu dah nk susahkan mak ayah/harapkan duit mak ayah.. https://t.co/TirK3wvFWg
— MINE YOUR OWN BUSINESS (@aqilahjumari93) May 26, 2021
“Dh tua² pon duk bawah ketiak mak…”
Banyak kut cara nak buat pembayaran cuii.. jompay ada, tng ewallet, boost, potongan gaji, bayar melalui app bank, macam2 lah… Mak bapak jugak dia cari hahaha…
Dh tua² pon duk bawah ketiak mak.. xder usaha https://t.co/KlCckgmIX9— ΔDoZZΔ (@AfiqJermay) May 27, 2021
“aku akan angin g1la…”
Yaaa benda ni selalu jadi aku everytime mai pakcik makcik tua yg nak beli no pin upu laa ptptn laa lepas urusan tu sapa yg dok caw dgn mesti depa tau aku akan angin gila..sbb dok pikiaq hellooo wahai anak ang tak qeti nak mai beli sndiri kaa bongokkkkk besaq dah kot😑 https://t.co/opPm7pOhbB
— ayyadjieshu (@muayyadmdakhir) May 29, 2021
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HCL
Be the first to comment on "[VIDEO] Wanita luah ger4m ibu bapa bersusah payah bayarkan pinjaman anak di kaunter, “Dh tua² pon…”"