Sedih dengan perangai suami. Dia suruh sy bayar balik hantaran10K tapi sy tak mampu dan ini yang jadi

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca, saya sekadar ingin meluahkan bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sekarang saya ada di Selangor, di kampung halaman suami, menyewa rumah berdekatan dengan mertua. kampung saya jauh nun di penghujung pantai timur. Saya berkahwin pada tahun 2013 di usia 22 tahun dan telah dikurniakan seorang anak laki yang berusia setahun lebih.

Beza umur saya dan suami hampir 10 tahun. suami tak habis-habis mengungkit duit hantaran 10k yg kononnya disebut hantaran untuk saya dari selepas akad nikah sehingga sekarang.

Cerita begini, saya seorang pelajar di salah sebuah ipta semasa saya kenal suami tapi saya tidak dapat menghabiskan pengajian saya kerana keadaan keluarga saya yang tak mampu, ditambah lagi saya merupakan anak sulong dari 7 beradik, saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bekerja .

Selepas 5 bulan bekerja, dalam keadaan saya yang terkontang kanting sendirian, kadang mampu bayar sewa bilik kadang tak, kadang menangis sendirian, kadang berkejaran sendirian,

saya memilih untuk berkahwin dengan harapan untuk hidup yang lebih baik. Maka sebulan lepas tu berlangsungla majlis perkahwin kami yang serba ringkas.

100% perbelanjaan ditanggung oleh suami saya, sebab saya dengan family mmg tdk berduit, cukup2 makan. Oleh kerana saya sedar dan tahu saya tak mengeluarkan duit,

maka duit hantaran yang suami lafazkan masa akad, saya serahkan kepada suami untuk menyelesaikan semua urusan tapi suami nak saya bayar balik rm5k dari 10k tu selepas kami berkahwin nanti.

Tapi sebaik saje selesai semua, saya balik ke rumah sewa, suami tak habis2 cakap, bila nak bayar rm5k tu, banyak nya mak awak mintak hantaran tu, apa yang awak beli, abang tak nampak pun gelang ke rantai..

ke mak awak simpan buat belanja dia” walaupun hati saya terguris saya cuba bersabar sebab tahu saya tak ada apa2. Tapi lepas hmpir berpuluh kali di ungkitnya, dikata macam2 tntg mak saya, kesabaran saya juga ada hadnya..

Bila saya menjawab setiap kali tu dia akn cakap saya isteri yang tak reti menghargai, dia akan pkul saya sekuat yang dia mahu, akan menutup mulut saya semahu dia Selepas 2, 3 jam kejadian , dia akan mohon maaf, dibelai dipujuk saya..saya yang sayangkn hubungan cuba lupakan.

Sekarang perkahwinan kami dah 6 tahun, Benda yang sama berulang hingga ke hari ni. Dengan gaji sy sebanyak rm1400 sbln mana nak mampu bayar rm5k tu.

Masalah kedua saya, mertua.. saya bukan la benci mertua saya, saya tahu dia ibu yang melahirkan ayah kepada anak saya. Tapi dalam bab masuk campur kewangan saya betul2 terasa. Suami saya bergaji 3k , gaji saya pulak hanya 1400.

Dah nak masuk 3 tahun benda yang sama setiap bulan. Setiap bulan suami saya akan bayar rumah sewa 500, bil api dan astro 100, pengasuh anak 300, hutang perabot 200 , kereta 900 , dan dia akan bagi dekat mak ayah dia 800 sebulan.

Gaji saya pulak 460 personal loan, insurans saya dan anak 300, barang dapur pamperS susu anak rm 600.. baki rm 60, duit tambang lrt saya pergi baliK kerja.

Saya tahu gaji suami saya tak la cukup untuk semua, jadi dengan ikhlas saya guna gaji saya untuk beli brg dapur, saya halalkan duit nafkah yang suami tidak pernah hulur sepanjang perkahwinan.

Tapi baru2 ni saya dapat tahu jumlah duit yang suami bagi setiap bulan dekat mak ayah dia, saya menangis, saya rasa macam orang bodh. Saya dapat tahu pun bila suami listkan kemana gaji dia dh habis sebab dia cakap dia dah tak ada duit belanja.

Saya Tanya mak dia betulke, jawab mak dia ye la betul, kenapa? Dia anak aku, anak yang aku kandung yang aku lahir yang aku jaga…ok, saya faham..

Tapi buat suami saya, sungguh saya terasa hati smpai hati saya tawar dengan abang , kenapa? Sebab dalam saya ikat perut, saya korbanakkan perasan mak ayah saya di kampung yang sudah berapa lama saya tak kirimkan belanja demi bantu abang, dah berapa lama tak balik kampung kononnya tak nak abang susah,

Abang tahu sarapan dan lunch saya di ofis biskut kering yang ada di pantry ofis, hujung bulan tak ckup tambang LRT, kudrat kaki saya gunakan, susu anak tak cukup saya campur dengan nestum tapi suku dari gaji abang abang hulur dekat mak ayah abang. Selama ni saya ingat

abang bagi 200 sebulan kat mak ayah abang. abang tahu ke saya dengan anak bawah tangungjawab abang. Mak abang kehulur kehilir, beli barang dapur smpai buang guna duit abang tapi saya, dah lama tak merasa duit gaji lebih hingga hjung bulan.

Bila saya cakap, abang meng4muk, abang maki abang pkul saya, tak boleh sentuh pasal mak abang. ok, saya pun wanita, saya pun ada keinginan nak berbaju baru, nak merasa emas seketul dua, nak balik kampung 2 3 kali setahun, nak makan itu ini.

Sebelum ni saya ikhlas tapi abang buat saya macam orang bodoh, ibarat saya bekerja bantu mak abang. Mak abang bukan kategori orang susah, berbijik rumah sewa, bukan abang sorang anak dia…

Mak saya di kampung orang susah, orang miskin, berulang2 abang ungkit anak perempuan tak perlu bagi duit dkt mak, klu macam tu saya nak ckp orang prempuan tak perlu kerja nak pikir mslh suami.

Saya dah buat keputusan, saya akan pergi, ada kehidupan yang lebih layak untuk saya dan keluarga. Seeloknya abang tak perlu berkahwin, tunaikan saje tngungjawanb abang dekat mak. Wasalam..

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Wan Izzah, Dia tak mngaji tu. Spatutnya nafkah isteri n anak2 lebih utama kemudian bru bg mak ayah. Ada org fhm wajib bg mak ayah je tp nafkah isteri amek ringan.

Puan Nisa, Dia pkir 5k tu byk sgt kot… Xpkir bini dia koyak sbb branak tu kos nk baik pulih brp plk tu… Bodoh tengin annjing.

Abe Ali, Jgn berckp saja. Bertindaklah. Terkadang nikmat yg dtg x disyukuri. Movelah. Klo org dah x boleh hormati kita…cemne Kita nsk hormati org. Buat apa kawin klo bertambah masalah. Ramai suami zmn ini yg buta kayu pasal rmhtgga…samada x tahu atau buat2 x tahu nafkah kluarga.

Siti Zulaika, jadi ingat org tua,,sy balk kat org tua 5thn sekali..perbedaan kisah kita berdua hanya saja awak bekerja..tk macam sy suami tk bagi izin untuk berkerja cari duit..sy nk juga bagi org tua duit setiap bln macam suamiku selalu krm duit buat org tua nya dan memberi keperluan adik beradiknya.

Teringin seperti suami sy boleh balik kat org tua nya sethn 3kali..boleh belikan org tua nya dan adik beradiknya tiket pesawat berunjung kerumah..bagi orang tuanya makan sedap..ajak mak dia makan kat kedai makan..ajak mak dia jln2.

Nur Idah, ini lah jwpn yg terbaik Dr seorang isteri..pelik mak2 sekarang sanggup susahkn anak demi diri sendiri…Yaa Allah ampun lah dosa hambe..jgn lh bende2 gini terjd pd ambe esok hari.

Romji Tam, Tak hairan, mmg ada ibu bapa yg kurang memikirkan kebajikan anak2 yg dh berkahwin. Sepatutnya mrk tahu betapa wajib seorang suami menyediakan nafkah utk keluarganya. Biasanya mak bapak yg materialistic yg mcm ni. Alhamdulillah, mak bapak saya tak begitu.

Cik Huda, Mmg ada mak mertua yg bersikap mcm dlm citer penulis ni… Tapi nk buat cemner… Kena bersabar jer lah dan semoga satu hari nti mak /bapa mertua yg bersikap mcm ni akn mdpt hidayah drNya, Aamiin.

Hijau Daun, Nur Indah Betul tu. Ada je jenis mertua cam dlm cite Tt nie.. Mertua pon manusia biasa juga.. Dia x kan susahkan anak sendiri, tp akan susahkan menantu. Nak2 yg jenis “anak emak” sgt. Sampai abaikan nafkah pd isteri dan anak yg sepatut nye diutama kan.

Nur Raisah, Suami awak ni ada masalah mntal. Pkul bagai nk rak… Pastu minta maaf. And then, buat lagi. Klu berterusan mcm ni, elok bercrai ja… Sblm awak lebih teruk didera fizikal n emosi. Sebelum awak mengalami kecderaan dalman yg serius.

Ema Kamil, Btl tindakan sis tu..mungkin pergi lebih baik..drp kn pkl je spnjg ms..duit dia bh dkt mak plak..bkn xblh bg tp tgkla situasi..klu anak n istr xckp duit..hjg bln mkn biskut je..xde tolak ansur ke..cblah utamakan istr dulu..tgk mn yg xckp tu..jgn lps tgn

Shima anuar, mmg ada pon kisah mcm ni. suami kna mainkan peranan. klu rasa x mampu nk bela bini. lepaskan je. jgn susahkan bini. n bkn tggjwb bini tu pon nk bantu awk dr segi ekonomi.

klu mcm ni punya perangai ambik kesempatan kt bini. dr ikhlas bantu suami trus jd x ikhlas. n jgn salahkan bini klu rumahtangga x aman.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : https://mediabawang.net/claim-det-hantaran/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sedih dengan perangai suami. Dia suruh sy bayar balik hantaran10K tapi sy tak mampu dan ini yang jadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*