Sudah beberapa bulan dalam buruan polis, usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih belum dikesan sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.
Bagaimanapun, Sajat dilihat tetap aktif memuat naik perkongsian di media sosial miliknya. Terbaru, adik perempuannya dikenali sebagai Mustika menjadi perhatian di aplikasi TikTok.
Lebih lucu, Mustika itu memuat naik video parodi berlakon menjadi Sajat malah menggunakan suara abangnya. Apa yang pasti, ramai yang keliru pada awalnya kerana wajahnya seiras dengan Sajat.
Mustika ke sajat? Rindu leteww 🙄
Mustika turut melakonkan satu lagi parodi abangnya membebel mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya yang dikritik oleh netizen.
Topic hari ini #padangjawa #english
Perkongsian Mustika itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan parodi tersebut, tidak kurang juga ada yang memuji kecantikan semula jadi adik Sajat.
Terdahulu, pihak polis memaklumkan kemungkinan Sajat tau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berada di luar negara.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Rotikaya
Be the first to comment on "Adik Perempuan Berlakon Jadi Sajat Buat Netizen Terhibur, Yang Penting ‘Ori’"