“Kalau Macam Tu Silakan Pergi, Tiada Yang Menghalang” -KL Or Kelantan? Pilihan Ameera Khan Raih Perhatian Ramai

“Kelate. Jika ada pilihan saya nak berpindah ke Kelantan,” demikian jawapan Ameera Khan ketika ditanya peminatnya dalam sesi soal jawab Instagram baru-baru ini.

Status yang dikemaskini Ameera atau turut mesra disapa LMK itu di ruangan Instagram Stories turut dibawa netizen ke laman sosial Twitter sejak malam tadi dan meraih pelbagai respon ramai.

Ada yang bersetuju malah tidak kurang juga yang menghalang Ameera daripada pulang menetap di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“Masa sekolah dulu buat video cakap kat rumah tak boleh cakap Kelate bapak dia suruh cakap English je. Padahal soro alik belakang kakak-kakak duk ngupak (mengata) kuk Kelate jah blako,” sahut individu lain.

“Kalau balik Kelantan people can no more call her Kardashian Kelantan. Jadi mek Kelate doh,” tambah pengguna lain.

“Tak kira lah KL ke Kelantan ke duduk je lah diam diam, jangan menyakitkan hati orang. Bagi duduk kat Taiping karangg pe’el nya rupa gitu jugak apa guna,” nasihat individu lain pula.

“IF I HAD A CHOICE. Maksudnya Kelate belum ada dalam senarai pilihan dia lagi kot. Mungkin nak balik kampung Uzbekistan dulu,” kata individu lain.

“Kalau dia pindah kelantan tak dapatlah dia job model dan review berbayar makanan tu..sebab kita semua sedia maklum yang ‘Selangor’ ni macam lubuk rezeki untuk influencer dan model..kat sini banyak job macam tu…sebab tu la kot little miss khan tu stay kat Selangor lagi,” kata pengguna lain.

Selain daripada komen sedemikian, isu air di Kelantan turut menjadi perhatian ramai dan mengaitkan punca Ameera belum berpindah balik ke negeri itu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://gempak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kalau Macam Tu Silakan Pergi, Tiada Yang Menghalang” -KL Or Kelantan? Pilihan Ameera Khan Raih Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*