Kibaran Bendera putih ‘b0ngkar’ kisah sebenar lima beranak

MELAKA – Tindakan sepasang suami isteri menggantung bendera putih di luar tingkap bilik akhirnya membongk4rkan kehidupan mereka lima beranak yang mendiami sebuah bilik kecil sejak tiga tahun lalu.

Bilik tingkat tiga berkeluasan 3.6 x 6.1 meter yang disewa dengan kadar bayaran RM350 sebulan merupakan bangunan bekas hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah.

Erala Ismail, 45 berkata, setiap malam dia sedih mengenangkan nasib anak-anaknya yang adakalanya terpaksa meng1kat pervt dan makan sekali sehari memandangkan kini hanya dia seorang sahaja yang bekerja selepas suaminya, Syed Sidiq Abudin Syed Abdul Aziz, 42 berhenti kerja sejak enam bulan lalu di medan selera berhampiran sebagai pembantu dapur.

Menurutnya, kerana tidak mahu anak-anaknya yang berusia antara 10 hingga 16 tahun itu berlapar dia dan suaminya akhirnya tekad menggantung bendera putih sejak tiga hari lalu selepas melihat kampen itu di media sosial Facebook.

Katanya, sebelum ini biarpun susah mereka hanya mampu berdiam diri dan tidak meminta-minta namun dalam keadaan pandem1k Cov1d-19 dia cuba berikhtiar dengan cara itu untuk mendapatkan sesuap nasi demi anak-anaknya.

“Saya beritahu suami, apa kata kita cuba gantung bendera putih, mana tahu ada yang prihatin.

“Alhamdulilah dua hari selepas itu ada pihak yang datang menghulurkan bantuan makanan termasuk Ahli Parlimen Kota Laksamana, Khoo Poay Tiong dan kami amat berterima kasih, ” katanya yang berstatus penduduk tetap.

Lima beranak tinggal di bilik kecil dan sempit di Jalan Munshi Abdullah sejak tiga tahun lalu.

Ujarnya, sebelum ini mereka pernah menyewa rumah dengan bayaran sewa RM400 sebulan, bagaimanapun mereka tidak berkemampuan untuk terus membayarnya lebih-lebih lagi ketika itu suami hanya memperolehi gaji sebanyak RM35 sehari.

Erala berkata, disebabkan kesemp1tan hidup dia juga tidak dapat mendaftarkan anak bongsunya untuk bersekolah manakala anak sulungnya bersekolah pendidikan khas kerana mengalami masalah pendengaran.

Katanya, lebih membimbangkan apabila anak perempuannya kini semakin membesar tetapi terpaksa mendiami tempat yang berkongsi bilik air dengan penyewa lain.

“Setiap kali anak perempuan saya ke tandas kongsi itu, maka saya akan menemaninya kerana b1mbang kejadian tidak diingini berlaku.

” Di bilik inilah tempat kami tidur dan memasak dan saya berharap dapat pindah ke tempat lebih baik namun disebabkan terpaksa menyediakan bayaran deposit yang tinggi menyebabkan kami tak mampu,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, ntizen yang setuju dengan kempen bndera putih giat menggalakkan orang ramai untuk sertai tak kira jika anda pihak yang memerlukan atau yang menghulurkan bantuan. Ramai rkyat termasuk golongan selebriti menyokong kempen ini dan ia kini menjadi t0pik h4ngat diperkatakan di media sosial.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak bersetuju dengan tujuan kempen itu diadakan. Menurut Sinar Harian, beliau berkata rakyat sepatutnya tidak diajar menghadapi kekalahan sebaliknya sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada Allah SWT dalam segala hal.

Angkat tangan berdoa kepadaNya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekal4han menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih.”

“Yang Berhormat, jika….”

Penyanyi Naim Daniel tampil dengan nukilan khas olehnya ditujukan kepada Nik Abduh tentang kenyataan beliau berkenaan ‘berdoa kepada Allah SWT’ tersebut. Melalui Instagram, penyanyi svmpah itu telah memuat naik nukilannya yang berbunyi,

Yang Berhormat;

Jika;

Anak bini tak terabai makan minum mereka, wang di bank berjela angkanya, hut4ng piutang bebas semua;

Mungkin saja;

Hanya akan selesa untuk kita, berdoa dan terus berdoa, berdoa saja dari siang sekarang ke subuh esoknya.

Tanpa sebarang DAYA.

Tanpa sebarang USAHA.

Dalam erti kata lain, Naim bermaksud doa juga haruslah didvkung dan diikuti dengan usaha. Berdasarkan konteks ini, usaha itu adalah kempen bendera putih terbabit. Apatah lagi kempen tersebut adalah usaha yang baik demi membantu sesama rakyat yang benar-benar terkesan disebabkan pndem1k C0v1d-19 dan kini dalam kesusahan untuk meneruskan hidup.

Nukilan Naim itu mendapat respon yang baik dan ramai bersetuju dengan pendapatnya. Menurut Utusan, melalui ruangan komen Naim dilihat turut membalas respon peminat dan pengikutnya yang menyokong penulisannya itu.

Antara komen ntizen,

Berdoa itu memang wajib. Tapi kalau berdoa tanpa sebarang usaha sia-sia saja. Allah pun suruh kita berusaha, tawakal dan berdoa.”

Naim kemudian membalas,

Ibarat kereta r0sak tengah jalan, tak payah panggil tow truck, baca ruqyah saja pada kereta itu.”

Dalam pada itu, Naim Daniel tampil berkongsi cara mudah untuk membuat bendera putih

CARA – CARA MEMBUAT BENDERA PUTIH

“Salam sejahtera semuanya, disini saya cuba sampaikan cara-cara untuk membuat bendera putih bagi meminta pertolongan makanan/sokongan emosi/kewangan menggunakan barang yang ada dirumah anda.

“Barang yang anda perlukan – Plastik putih/T Shirt putih, batang penyapu, gunting, dan getah sahaja.”

“Harap dapat membantu kalian serba sedikit insyaallah, semoga Allah memeluk kalian dengan kemas, selalu.”

“Jangan melakukan sebarang tindakan yang mampu menggur1s hati ahli keluarga kalian ya? Kita cuba lagi”.

“BENDERA PUTIH BUKAN TANDA MENGAL4H.”

“BENDERA PUTIH BUKAN TANDA LEM4H.”

“Jangan takut, jangan malu.”

Bendera putih: Netizen kec4m kenyataan Nik Abduh

PETALING JAYA : “Takkan nak angkat bendera Pas pula.”

Demikian antara kec4man netizen terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menyatakan rakyat tidak wajar diajar mengangkat kekal4han menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih.

“Bendera putih tu tanda mintak bantuan, bukan tanda kal4h,” kata pemilik Facebook Amie Mustapha.

Selain itu, seorang lagi pengguna Twitter, @fahmibinhassan berkata, kempen itu tidak bermaksud angkat bendera mereka tidak berdoa.

“Angkat bendera putih tu minta tolong jiran-jiran. Usaha untuk bantu. Bukan maksud angkat bendera putih mereka tak angkat tangan untuk berdoa. Takkan lah benda macam ni pun @nikabduh nak mantikkan,” ciap beliau.

Malah seorang lagi pengguna Twitter @nmyasser menjelaskan kempen bendera putih itu adalah satu usaha dan tawakal.

“Memang Allah tempat kita memohon. Tiada lagi yang diatasnya, tetapi bendera yang diviralkan ini adalah usaha dan tawakkal. Tahukah YB ada jiran-jiran yang sedang tenat kalau tidak diuar-uarkan. Allah jadikan jiran-jiran dan YB-YB sebagai pengantara/khalifah untuk membantu,” katanya.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, rakyat tidak wajar diajar mengangkat kekal4han menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih sebaliknya mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

“Angkat tangan berdoa kepadanya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekal4han menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kempen kibarkan bendera putih jika terput4s bekalan makanan yang digerakan oleh orang ramai yang simpati terhadap nasib masyarakat terkesan pandem1k Cov1d-19 dan sekatan penuh pergerakan (total lockdown).

sumber: sinar harian, samsonstudios

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : limauasamboi

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kibaran Bendera putih ‘b0ngkar’ kisah sebenar lima beranak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*