4 Pasangan Selebriti Ini Sdg Hangat Bercinta, Rancang Untuk Ke Fasa Perkahwinan

CINTA dan kasih sayang adalah isi perasaan hati yang cukup membahagiakan bagi setiap pasangan yang sedang melayari alam percintaan.

Hubungan cinta yang sedang mekar juga pasti mempunyai hala tuju untuk membawa segala memori manis yang dilalui ke fasa perkahwinan.

Melihatkan keadaan ini, ramai pasangan selebriti tempatan dilihat sedang hangat menyulam cinta serta mempunyai impian membawa hubungan yang dibina ke fasa seterusnya.

Antara pasangan selebriti yang sedang bahagia melayari alam percintaan ketika ini adalah Janna Nick dan Dini Schatzmann; Kamal Adli dan Uqasha Senrose; Adam Lee dan Sweet Qismina serta Elisya Sandha dan Uzair Haqimy.

Janna Nick dan Dini Schatzmann

DINI dan Janna bahagia melayar alam percintaan.

Kebahagiaan mereka jelas terpancar di wajah masing-masing apabila dilihat bersikap terbuka berkongsi kebahagiaan yang dibina di laman sosial.

Buktinya ketika menyambut ulang tahun kelahiran Janna yang ke-26 pada 1 Jun lalu, Dini menghadiahkan sebuah Vespa berwarna merah.

Dalam satu perkongsian video kejutan oleh Janna di Instagram, hubungan cinta mereka dilihat cukup ampuh dan saling melengkapi antara satu sama lain.

 

Malah, Dini mengakui serivs dalam melayari perhubungan dan sudah ada perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Saya bukan lelaki yang suka nak mempermainkan perasaan wanita. Namun, buat masa ini kami belum ada sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya, tapi tidak bermakna tiada perbincangan mengenai hal itu.

 

“Ada banyak hal yang kami aturkan untuk masa depan hidup kami berdua. Antaranya, kami nak kukuhkan kewangan dan stabilkan karier seni saya.

“Kami juga ada berbincang untuk membeli rumah impian, tapi semua itu perlukan masa dan perancangan rapi supaya setiap yang diimpikan tercapai dengan usaha bersama,” katanya.

Kamal Adli dan Uqasha Senrose

KAMAL dan Uqasha menanti tarikh sesuai untuk diijabkabulkan.

Menyentuh mengenai hubungan Kamal dan Uqasha, masing-masing dilihat sudah bersedia memegang tanggungjawab sebagai suami isteri, namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa mereka untuk menangguhkan perkahwinan buat sementara waktu.

Jika mengikut perancangan, pasangan selebriti itu bakal disatukan pada pertengahan Jun lalu, bagaimanapun perancangan itu kini berubah dengan melihat kepada keadaan pandemik cov1d-19 di sini.

Kamal yang kini muncul dengan siri Black musim kedua mengakui belum ada tarikh sebenar pernikahan mereka, namun tidak menolak untuk melangsungkan apa yang wajib seandainya tempoh duduk di rumah mengambil masa yang panjang.

Adam Lee dan Sweet Qismina

Sementara itu, bagi Adam dan Sweet pula, masing-masing tidak menolak jika takdir untuk sehidup semati sudah tiba pada waktu yang tepat.

Adam sebelum ini pernah memaklumkan mahu menyunting si kekasihnya menjadi isteri dalam tempoh dua tahun lagi.

Sweet dalam satu temu bual berkata, dia juga memohon orang ramai agar mendoakan supaya ikatan percintaan dengan jejaka pilihan hatinya itu dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh.

Elisya Sandha dan Uzair Haqimy

ELISYA dan Uzair dijangka mendirikan rumah tangga awal tahun depan.

Dalam pada itu, bagi pasangan Elisya dan Uzair yang melangsungkan pertunangan pada awal tahun lalu, mereka dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri awal tahun depan.

Biarpun masing-masing belum menetapkan tarikh pernikahan secara rasmi, bagaimanapun kita doakan semoga ikatan percintaan yang dibina akan terus mekar dan berkekalan hingga akhir hayat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Hmtro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "4 Pasangan Selebriti Ini Sdg Hangat Bercinta, Rancang Untuk Ke Fasa Perkahwinan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*