PULANG ke kampung halaman di Perak adalah jalan terakhir bagi pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun jika masalah kewangan yang dihadapinya tidak dapat diatasi dalam tempoh sebulan.
Ujar Fendy, 30, dia sudah menggunakan hampir kesemua wang simpanannya untuk menyara kehidupan bersama seorang anak.
“Duit simpanan dah habis… setahun lebih saya survive gunakan duit simpanan.
“Sampai satu tahap saya rasa dah tak boleh… kena buat sesuatu. Itu yang saya buat video untuk dapatkan bantuan, ” ujarnya kepada mStar.
Perkongsian Fendy di Facebook miliknya.
Fendy ditemui ketika lawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di kediamannya di Sentul, Kuala Lumpur.
Selain Wan Ahmad Fayhsal, rintihan Fendy turut menarik perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Pada Jumaat Fendy memuat naik video di Facebook bertujuan meminta bantuan rumah mampu milik di sekitar Kuala Lumpur daripada pihak berwajib.
Saya fikir kalau tak dapat nak survive dekat sini mungkin saya akan balik kampung di Ipoh dan tunggu sampai keadaan baik semula
FENDY ADLUN
PEMAIN DRAM CALIPH BUSKERS
Kata Fendy yang tinggal berasama anaknya Nur Azalea Zafirah, 6, masalah kewangan membuatkan dia sukar untuk membayar sewa rumah dan utiliti.
“Saya fikir kalau tak dapat nak survive dekat sini mungkin saya akan balik kampung di Ipoh dan tunggu sampai keadaan baik semula.
“Kalau tak ada bantuan, bulan depan adalah bulan terakhir saya duduk di rumah ni sebab tak boleh bayar. Saya pindah sini bulan April dan tinggal berdua dengan anak.
“Alhamdulillah bab makanan memang tak putus tapi masalah nak bayar sewa rumah dan utiliti.
Dalam pada itu Fendy meluahkan rasa syukur kerana ada pihak yang sudi untuk menghulurkan bantuan kepadanya.
Ujarnya lagi, dia akan terus membuat persembahan busking menerusi online untuk mendapatkan sumbangan menerusi Facebook page miliknya.
Datuk Seri Rina Mohd Harun turun padang hulurkan bantuan kepada Fendy.
“Saya tak mampu nak kata apa, saya minta bantuan semalam hari ini sampai. Saya sangat-sangt berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu.
“Saya akan terus buat busking secara online untuk mendapatkan sumbangan, ” katanya.
Fendy berkahwin dengan seorang lagi anggota Caliph Buskers iaitu Nadira Rubina pada 3 Mei 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Pasangan ini bercer41 pada tahun 2018.
Selain Fendy dan Nadira, Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat, Zaki Ismail dan Nirwan Zainalabidin.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : mStar via trendinggiler
Be the first to comment on "“Terdes4k dan seperti nyawa2 ikan” – Fendy Caliph Buskers minta rumah PPR, tak mampu bayar sewa mahal"