Jeneral ATM Tampil Buat Pendedahan Kenapa ‘Per4ng C0vid Menjadi Sengit

Seorang jeneral tentera mendakwa ketiadaan tindakan secara menyeluruh dan penyelarasan arahan telah menyumbang kepada persoalan mengapa negara tidak dapat melawan gelombang Covid-19 ketika ini.

Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Brigadier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen pada wawancara dengan Astro Awani, juga turut menyebut mengenai kelewatan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes Covid-19.

“Apa yang saya nampak ialah ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’ daripada ‘top down’.

“Saya memberi komen daripada sudut pandang profesional di mana ada banyak perkara yang telah diputuskan di Pusat tetapi implementasinya di peringkat setiap negeri lain.

“Begitu juga satu negeri implementasinya di setiap daerah lain, ini yang dapat kita lihat apabila ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’.

“Dalam sebuah peperangan seperti peperangan melawan Covid-19 kita perlu ada satu ‘line of command single standardize strategy’ yang semua boleh ikut,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Mohd Arshil berkata masalah itu juga disebabkan oleh tindakan kawalan yang tidak cukup pantas.

“Jika di dalam tentera, kita panggil ‘speed of action military precision’.

“Ini adalah sesuatu yang saya tahu sukar dilakukan kerana sama ada kita ketiadaan sumber atau mungkin kekangan tertentu yang kita faham Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain hadapi dan sedang berusaha keras, tetapi inilah hakikatnya,” katanya.

Katanya, “contain” diagnosis dan pengasingan kes C0vid-19 memerlukan masa dan tidak cukup pantas untuk mengekang penyebaran v1rus itu di kawasan kes yang terlalu tinggi.

Kes baru terus mencapai rekod tertinggi hari ini – dengan 9,353 kes baru berbanding semalam 9,180 kes.

Lebih daripada 4,000 kes hari ini membabitkan di Selangor.

Dr Jemilah Mahmood, penasihat kesihatan awam khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, memuji komen Mohd Arshil.

“Tepat dan betul kata tuan,” ciapnya di Twitter.

Setelah Jemliah berkongsi wawancara Astro Awani, netizen bertanya sekiranya Muhyiddin tidak mendengar nasihatnya. Komen Jemilah kemudiannya dipadamkan.

Naik lagi! Malaysia catat 9,353 j4ngkitan baharu, tertinggi sejak C0vid-19 melanda negara

KES baharu positif C0vid-19 sekali lagi melepasi angka 9, 000 apabila merekodkan sebanyak 9,353 kes pada Sabtu.

Jumlah ini sekaligus menjadi angka tertinggi berbanding kes yang pernah direkodkan sebelum ini iaitu 9,180 kes pada Jumaat (9 Julai), dan 9,020 kes yang direkodkan pada 29 Mei.

Perkembangan terkini itu menjadikan kes keseluruhan berjumlah 827,191 kes.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4, 277 kes, diikuti Kuala Lumpur (1, 398), Melaka (835) dan Negeri Sembilan (638).

Perlis pula merekodkan empat kes pada hari ini.

sumber: mkini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trendingsangat.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Jeneral ATM Tampil Buat Pendedahan Kenapa ‘Per4ng C0vid Menjadi Sengit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*