Wardina Dedah Kisah Benjy Pernah Menghubunginya Sebelum Ini

Personaliti Wardina Safiyyah, 42, bersyukur dapat membantu dan tidak sisihkan pelakon, Allahyarham Benjy Ibrahim , 43, sewaktu arwah menghubunginya sebelum ini.

Turut terkesan dengan pemergian Benjy, Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mendedahkan dia sedih dengan kesusahan arwah men4nggung deritanya sendirian dalam penjara.

Wardia Safiyyah bersyukur kerana sebelum ini dia dah membantu tak tak pernah sesekali menyisihkan Benjy Ibrahim semasa Allahyarham menghubunginya sebelum ini.

Kata Wardina, dia sangat sedih dengan pemergian Benjy dan memahami kesusahan arwah yang menanggung derita bersendirian di penjara Indonesia.

“Memang waktu dia hubungi saya untuk bantuan, saya ada was-was sikit. Takut dia beli d4dah. Benjy tunjuk bil hospital. Sebab hospital sana tak bayar untuk orang bukan warga negara.

“Tak banyak pun sebenarnya. Benjy terpaksa pinjam duit tahanan lain dan kalau tak bayar ikut masa, dia dibelasah. Dia sangat terdesak. Bukan mudah nak mengemis pada orang.

“Saya taklah terkilan sangat kerana saya dapat juga bantu Benjy dan tidak sisihkan dia.

“Disebabkan itulah, dia cakap terima kasih kerana tidak sisihkan dia seperti orang lain. Sedihnya. Dia meninggal sendirian tanpa keluarga di negara lain. Moga Benjy tenang di sana,” katanya seperti dipetik di Harian Metro.

Wardina juga ada berkongsi cebisan rasa tulisan Benjy yang sangat menyentuh perasaan.

“Cebisan rasa Benjy dalam penjara. Dia menulisnya dengan begitu baik. Penguasaan bahasa inggerisnya cemerlang. Itulah saya memilih untuk kekal mengingatinya.

“Saya kenal Benjy mula-mula masa berlakon bersama dalam telefilem Kepulangan arahan Subaimi Baba. Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahummafirghlahu warhamhu wa’afini wa’fuanhu.”

“ARWAHH SUDAH BANYAK BERUBAH” ELLIE SURIATY

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar sedih tidak dapat menghulur lebih bantuan kepada Allahy.arham Benjy bagi mengubati penya.kit as.ma kro.nik yang dihidapi.

Ellie berkata, dia amat bersedih atas pemergian teman baiknya itu, namun reda Allah lebih menyayanginya.

“Ar.wah Benjy beritahu saya keadaannya ba.tuk hingga keluar da.rah. Jadi, saya mengirimkan sedikit bantuan kewangan setiap bulan, cuma saya tidak dapat membantu sejak kebelakangan ini.

“Ini kerana saya tidak mempunyai banyak ‘job’ sejak pande.mik COVID-19 menular, tahun lalu.

“Saya sedih, apatah lagi, memikirkannya ar.wah akan disem.adi di Medan, Indonesia sekiranya mening.gal dunia. Mendengar berita pemergiannya membuatkan hati saya remuk.

“Ar.wah menghubungi saya, minta ampun dan minta halalkan segala-galanya, minggu lalu. Saya tidak sangka itu petanda ar.wah akan pergi,” katanya kepada BH Online.

Allah.yarham Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat sera.ngan as.ma di Hospital Royal Prima, Medan, jam 11 pagi tadi.

Aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2002 itu kini sedang menjalani huku.man selama 11 tahun, tiga bulan di Pen.jara Tanjung Gusta atas kesalahan memiliki da.dah sejak 2017.

Ellie berkata, dia sudah berjanji dengan ar.wah. Jika dibebaskan, dia akan menjemputnya di Medan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

“Ar.wah seperti adik saya. Bagaimana saya menyayangi ar.wah ibunya, begitu juga sayang saya pada ar.wah. Ar.wah ibunya banyak membantu membentuk saya dalam menghidupkan karakter lakonan.

“Besar harapan saya melihat ar.wah memulakan kehidupan baharu apabila dibebaskan. Saya juga mahu ar.wah membuat kemunculan semula dalam industri lakonan, namun, hasrat saya tidak kesampaian,” katanya.

Pelakon filem Soalnya Siapa dan Penang.gal itu berkata, arw.ah juga menganggapnya seperti pengganti arw.ah ibunya.

Hati Ellie Suriaty remuk mendapat berita pemergian Allahyarham Benjy berikutan tidak mampu membantu menghulurkan lebih sumbangan membiayai perubatannya.

“Ketika ramai rakan menjauhkan diri, saya tetap bersamanya. Ar.wah jenis setia dalam perhubungan dan persahabatan. Saya tidak mahu menilai kesilapan silamnya, tetapi saya tahu, arw.ah sangat bijak dan berbakat,” katanya.

Kongsi Ellie, ar.wah selalu menghubunginya, berkongsi luahan dan menyatakan kerinduan kepada keluarga.

“Ar.wah menghubungi saya jika mahu meminta bantuan membiayai perubatan di hospital, memandangkan kos sangat tinggi jika membabitkan ban.duan dari luar negara.

“Jujurnya, penyakit asma arwah memang teruk. Sebelum ini, arwah mahu membeli ‘inhaler’ untuk penyakitnya, jadi saya membantunya.

“Saya menasihatinya menjaga diri agar tidak terkena jangk.itan COVID-19. Selain itu, kami merancang membuat kelas lakonan apabila ar.wah bebas nanti. Saya mahu mengembalikan keyakinannya meneruskan kehidupan dan lakonan,” katanya.

Katanya, dia juga sentiasa memberikan kata semangat untuk terus bersabar memandangkan ar.wah masih ada tempoh tujuh tahun lagi.

“Memang bunyinya agak lama, tetapi saya selalu katakan, ini adalah masanya untuk buat amal ibadah.

“Alhamdulillah, ar.wah banyak berubah dan menghabiskan masa mendekatkan diri dengan Allah SWT. Arwah beritahu sudah khatam al-Quran, bersolat, berpuasa dan sebagainya,” katanya.

Ellie mengharapkan, orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan ar.wah Benjy dan segala urusan penge.bumian di Medan berjalan dengan lancar.

Kali terakhir Ellie dan ar.wah Benjy bekerjasama menerusi telefilem Noda Setitik Arak siaran Astro Ria pada 2015.

“Halalkan dan reda” – Pekin kehilangan sahabat baik, Benjy

Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim, menzahirkan takziah atas pemergian sahabat baiknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, yang mening.gal dunia di sebuah hosp.ital di Medan, Indonesia hari ini.

Menerusi coretan yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya (IG), mengajak orang ramai agar mendoakan buat Benjy.

“Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada ar.wah. Tersemat segala kenangan dan kebenaran buat aku abadikan. Terima kasih kepada semua yang membantu tidak kiralah dari sudut wang ringgit atau pun doa di sepanjang ar.wah di dalam penj.ara. Halalkan dan reda. Tak.ziah buat keluarga arwah,” coretnya.

Menjengah ruangan komen, turut dilihat rakan-rakan artis dan pengarah serta produser yang pernah bekerjasama ketika hayat Benjy sebagai pelakon menitipkan doa dan salam takziah buat keluarganya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Al-fatihah untuk Benjy.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Wardina Dedah Kisah Benjy Pernah Menghubunginya Sebelum Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*