Ramai yang tertunggu pengeluaran I Citra. Tapi ini yang akan berlaku selepas bayaran pengeluaran I Citra tamat.

Permohonan pengeluaran i-Citra boleh dibuat mulai (12 Julai), seperti yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebentar tadi. Ahli boleh membuat pengeluaran sehingga Rm5,000 dalam tempoh lima bulan iaitu RM1,000 setiap bulan.

Untuk pengeluaran i-Citra, simpanan Akaun 2 akan digunakan terlebih dahulu, namun sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan. Walau bagaimanapun, apa pula yang akan berlaku kepada caruman bulanan ahli selepas bayaran Pengeluaran i-Citra tamat?

Selepas tamatnya bayaran Pengeluaran i-Citra, caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 ahli sehingga mencapai jumlah yang sama dengan amaun dikeluarkan daripada akaun tersebut, kata KWSP. Selepas jumlah mencukupi, 70 peratus caruman akan dimasukkan ke Akaun 1 dan 30 peratus ke Akaun 2 seperti biasa. Hal ini bagi memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan dalam Akaun 1 tersebut.

Sumber: Padu Media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai yang masih tertanya syarat umum i citra. Ketahui info penting sebelum buat permohonan.

Peluang untuk membuat pengeluaran sehingga RM5,000 menerusi program baharu yang dikenali sebagai i-Citra, sudah tentu menggembirakan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berita baik itu diumumkan kerajaan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Rakyat (Pemulih), pada Isnin.

Ramai menarik nafas lega selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman ini berikutan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KWSP dalam satu kenyataan berkata, menerusi inisiatif i-Citra, pencarum yang layak boleh mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di dalam Akaun 1 dan 2. Berikut adalah 13 perkara/soalan lazim yang anda perlu tahu mengenai i-Citra:

1. Mengapakah pengeluaran i-Citra diperkenalkan?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

2. Siapakah yang layak memohon?

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

3. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

4. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima bulan. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan. Bayaran minimum adalah RM50 tinggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).

5. Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

6. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kehilangan & Bantuan Hilang Upaya)

7. Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

8. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

9. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Soalan 2.

10. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

11. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra. Rujuk kelayakan memohon di soalan 2.

12. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui i-Akaun (ahli) dan aplikasi mudah alih i-Akaun., serta kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga).

13. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my, Ask ELYA di laman web rasmi KWSP, media sosial rasmi KWSP dan Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848. Muhyiddin ketika mengumumkan pelaksanaan i-Citra di bawah Pemulih berkata, seramai 12.6 juta ahli KWSP layak menikm4ti inisiatif terbabit. Perdana menteri berkata, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Sumber: Laman web rasmi KWSP

Selepas MuhyiddinYassin Umum ICitra, Sekali Najib bagi idea mcm mana skim ini boleh ditambah baik

Bagi meringankan b.eban kewangan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terje.jas ak.ibat P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP), KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 j.uta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM 5,000 dengan kadar bayaran tetap RM 1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

“Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM 30 b.ilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di laman web kwsp mulai 15 Julai depan, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos,” katanya pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan E.konomi (PEMULIH) di sini, hari ini.

Susulan pengumuman PM tersebut, Najib tampil dalam facebook beliau mengulas dan memberi cadangan bagaimana skim ini dapat di tambah baik

“Saya amat bersyukur kepada kerajaan PN dan pihak KWSP untuk membenarkan pengeluaran melalui skim i-Citra (yang gantikan skim i-Sinar dan i-Lestari).

Mengikut pengumuman PM8, permohonan bagi skim ini akan bermula pada 15 Julai dan bayaran pertama sebanyak RM1k hanya akan dibayar pada bulan Ogos.

Perlu ingat bahawa sekiranya bayaran pertama RM1k ini dibuat pada 1 Ogos 2021, pemohon terdesak sudah bertahan selama 2 bulan 21 hari sejak PKP 3.0 seluruh negara bermula pada 12 Mei.

Saya percaya ramai akan mempunyai tunggakan komitmen yang lebih besar apabila sampai tarikh 1 Ogos sebab sudah berkurung hampir 3 bulan tanpa pendapatan atau dengan pendapatan yang berkurang,

Jadi, adakah bayaran pertama RM1k hanya pada bulan Ogos akan memenuhi keperluan serta tunggakan komitmen bagi mereka yang sudah berkurung hampir 3 bulan?

Harap skim ini boleh ditambah baik dengan menukar bayaran RM1k X 5 bulan ke:

 Julai: RM2k

– Ogos: RM2k

– September: RM1k

Apapun, jumlah bagi bayaran pertama perlu lebih tinggi berbanding bayaran seterusnya sebab sudah wujudnya tunggakan.

Saya cadang begini, memandangkan:

– sistem pengeluaran yang diguna pakai bagi i-Lestari/i-Sinar sudah ada. Elya pun sudah ada untuk memulakan permohonan (harap tanpa syarat) minggu depan dan bukan pada 15 Julai.

– aliran tunai dari caruman bulanan baharu yang diterima KWSP sekitar RM10 bilion sebulan sudah mencukupi untuk membiayai pengeluaran i-Citra tanpa menjual aset atau bon KWSP.

– Kebanyakan sektor dijangka dibuka semula pada bulan September/Oktober di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara dan keperluan untuk bergantung pada pengeluaran KWSP akan berkurang masa itu.

Patut juga pertimbangkan untuk naikkan pengeluaran maksima bagi golongan M40 yang mempunyai baki simpanan KWSP melebihi RM100k dari RM5k ke RM10k sebab komitmen bulanan golongan M40 biasanya lebih tinggi berbanding golongan B40.

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak KWSP”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://mediabawang.net/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramai yang tertunggu pengeluaran I Citra. Tapi ini yang akan berlaku selepas bayaran pengeluaran I Citra tamat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*