Muat Naik Video Sambut Birthday Anak Di IG, Shuk Bengang Ruangan Komen Dihujani Reaksi Negatif. Siap Ajak Jumpa!

Semalam, Shuk Sahar dan isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah menyambut ulang tahun kelahiran anak kedua mereka iaitu Nur Assyifatu Aimy yang ke-2 tahun.

Menerusi posting yang dimuat naik Shuk, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut dan berharap mereka sekeluarga kekal gembira buat selama-lamanya.

Happy birthday si gondeng. Semoga dapat membesar menjadi anak yang solehah, jadi adik yang baik. Amin.

Memandangkan situasi sekarang tidak sesuai untuk melakukan majlis ulang tahun kelahiran secara besar-besaran, Shuk dan isteri telah menganjurkan majlis ulang tahun kelahiran secara ringkas dan bermakna buat puteri kedua mereka. Menerusi video tersebut, Shuk kelihatan mendukung anaknya sambil menyanyikan lagu ‘birthday’. Pasangan tersebut turut menyediakan kek dan juadah sempena majlis tersebut. Sebagai ayah, Shuk berdoa yang terbaik buat anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐒𝐡𝐮𝐤 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐫 (@shuk_sahar)

Di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat Shuk menyambut ulang tahun kelahiran anaknya. Namun begitu, seorang individu telah membangkit kemarahan Shuk apabila meninggalkan komen yang tidak sepatutnya di posting berkenaan.

Boring la dekat kau ni

Menurut individu berkenaan, dia berasa bosan melihat posting Shuk. Lebih teruk, individu tersebut turut menghina tubuh badan Shuk. Ger4m membaca komen yang ditulis oleh individu berkenaan, Shuk meminta individu tersebut memberi nombor telefonnya di ‘direct message’. Ujar Shuk, dia boleh bersemuka dengan individu tersebut sekiranya individu berkenaan mahu memberi ceramah ataupun bersembang dengan dirinya.

 

 

Sumber: Shuk Sahar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Ohbulan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Muat Naik Video Sambut Birthday Anak Di IG, Shuk Bengang Ruangan Komen Dihujani Reaksi Negatif. Siap Ajak Jumpa!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*