“Macam Semenyih-KLCC Weh” – Warga Emas Cac4t Penglihatan Jalan Kaki Demi Vaks1n Buat Ramai Rasa Serba Salah!

Seorang warga emas berusia 78 tahun mencvri tumpuan pengguna media sosial apabila sanggup berjalan kaki demi mengambil vaks1n.

Difahamkan, Shaikh Ramly Sheikh Ahmad berjalan kaki sepanjang 35 kilometer (km) dari Kampung Kertau ke Klinik Kesihatan Kuala Wau, Pahang.

Namun, apa yang membuatkan ramai tersentuh, warga emas itu juga mempunyai masalah cac4t penglihatan.

Difahamkan, Shaikh berjalan seorang diri dengan bertongkat dan membawa sebuah beg dari jam 6 pagi.

“Saya keluar rumah seawal jam 6 pagi kerana perlu berjalan untuk ke klinik berkenaan yang terletak agak jauh dari rumah.

“Saya memang harap dapat suntikan hari ini kerana saya tidak pernah mendaftar vaks1nasi disebabkan tiada kemudahan teknologi, selain masalah penglihatan,” katanya menerusi Berita Harian.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di platform Twitter, rata-ratanya terkejut dengan keberanian warga emas itu memandangkan 35 km bukanlah satu jarak yang dekat.

“Kita yang baca ni pun dosa sebab tak mampu nak tolong”

“35km macam dari Semenyih ke KLCC ya”

“Rasa berdosa, bayangkan atuk atau ayah sendiri,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://gempak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Macam Semenyih-KLCC Weh” – Warga Emas Cac4t Penglihatan Jalan Kaki Demi Vaks1n Buat Ramai Rasa Serba Salah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*