TANPA perlu berselindung atau berdolak-dalik, pelakon Norish Karman mengakui dia adalah individu yang menghubungi adik Allahyarham Benjy bagi mendapatkan kepastian berhubung kebajikan arwah ketika hayatnya.
Mengakui tulisan dan pertanyaannya agak kasar, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman bagaimanapun berkata dia berhak bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Namun Norish juga berpendapat adik arwah iaitu Elza Irdalynna boleh mengabaikan soalannya sekiranya berasakan ia tidak masuk akal.
“Saya akui beremosi dan ayat-ayat dalam mesej itu agak kasar tetapi saya percaya soalan itu logik dan bukan soalan yang tidak masuk akal… mesej itu melalui DM (mesej langsung) bukan secara umum.
Adik arwah Benjy berkongsi paparan skrin mesej daripada Norish Karman.
“Bukan untuk diviralkan… hanya bertanya saja. Paling penting untuk saya tekankan… soalan saya kepada adik arwah Benjy tersebut adalah secara peribadi. Saya tak tanya dia depan orang satu dunia.
“Kalau dia rasa soalan saya itu mengarut dan tidak masuk akal, dia boleh abaikan saja. Tak ada siapa perlu tahu tentang soalan tersebut, ” kata Norish ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Pelakon drama popular Spa Q ini diminta mengulas mengenai perkongsian Elza Irdalynna di Instagram yang memaparkan mesej daripada seorang pelakon wanita yang menuduh mereka mengabaikan kebajikan Benjy.
Kesal dengan tuduhan tidak berasas itu, Elza berkata pelakon itu tiada hak untuk bersuara tentang isu kebajikan dan terhadap arwah kerana dia bukanlah individu yang rapat dengan mereka sekeluarga.
Jenazah arwah Benjy selamat dikebumikan pada Isnin.
Dalam pada itu, Norish memberitahu dia mengetahui mengenai kesusahan arwah semasa di penj4ra menerusi artikel di sebuah akhbar tempatan.
“Saya ada baca kesusahan arwah Benjy semasa di penjara menerusi sebuah akhbar tempatan yang melaporkan pakaian arwah sudah dua tahun tidak berganti.
“Menurut laporan akhbar itu juga, arwah terpaksa meminjam wang daripada b4nduan lain dan rakan artis yang memberitahu pernah meminjamkan wang kepada arwah.
“Jadi apa yang terlintas di fikiran saya, adakah arwah Benjy tidak mempunyai ahli keluarga untuk memastikan kebajikan arwah terjaga?” soalnya.
Pernah minta maaf
Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan n4fas terakhir disebabkan asma kronik di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada 11 Julai lalu.
Pada 2017, mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun ke atas pelakon yang terkenal dengan wataknya sebagai Jibek dalam Kerana Cintaku Saerah itu selepas dia didapati bersalah cuba menyeludup dad4h.
Individu itu turut memetik nama ibu Benjy iaitu Allahyarham Azean Irdawaty yang pasti bersedih sekiranya mengetahui perbuatan adik-beradiknya terhadap arwah semasa hayatnya.
Inessa berkata, sememangnya Benjy pernah meminta maaf atas apa yang berlaku dan dia juga sendiri pernah berkali-kali memohon keampunan daripada abangnya kerana tidak mampu membantu lebih banyak.
“Kau tahu ke berapa kali aku menangis minta ampun dekat abang aku sebab aku tak mampu tolong lebih?
“Kau tahu ke berapa kali abang aku yang minta maaf dekat aku untuk semua yang terjadi? Kau tak tahu apa!
“Kau cakap; jika mak aku tahu perbuatan kami. Percayalah, jika mak aku baca DM kau, dua-dua belah muka kau dah kena tampar dah! Kau tak tahu apa-apa,” katanya.
Pun begitu, Innesa berkata, dia tidak dapat mengesahkan sama ada mesej yang diterima melalui DM itu benar-benar datang daripada akaun asli milik pelakon wanita terbabit.
“Saya tak tahu jika tuduhan ni datang daripada akaun sah atau akaun palsu,” katanya.
Arwah Benjy, 43, telah meningg4l dvnia akib4t peny4kit 4sma pada Ahad di Hospital Besar Royal Prima, Medan, Indonesia.
Arwah menghid4p peny4kit 4sma yang kron1k sejak beberapa tahun lalu selain mengalami masalah berkaitan paru-paru.
Untuk rekod, Benjy dit4han di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais Indonesia sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada April 2017.
Anak sulung pelakon Allahyarham Azean Idrawaty itu disyaki memiliki dad4h jenis sy4bu seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian dubvrnya.
18 Oktober 2017, Benjy dijatvhkan hukvman penj4ra selama 11 tahun tiga bulan apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Be the first to comment on "Norish Karman mengaku hantar mesej, ini yang dia cakap lepas adik Benjy tvlarkan masej"