Minta Ole2 Mesir Dari Caprice, Live IG Sharnaaz & 3 Pelakon Buat Ramai Berdekah

Sejak semalam, kita dis0gokkan dengan isu ‘berat’ antara influencer terkenal Caprice dan pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew berkaitan misi kemanusiaan di G4za.

Ia menjadi sorotan orang ramai kerana Caprice telah membuat live di Instagram dengan beberapa individu termasuklah selebriti Sharnaaz Ahmad walaupun influencer itu telah ‘dibancuh’ oleh pelakon tersebut.

Lupakan seketika isu-isu berat yang kita sendiri tidak ketahui. Selepas memasuki live IG Caprice, pasti ramai warganet yang kembali menyaksikan perbualan antara Sharnaaz dan beberapa selebriti Tanah Air seperti Shukri Yahaya, Hairul Azreen dan Zizan Razak.

Potongan live IG mereka berempat juga telah dimuat naik kembali oleh warganet di Twitter kerana begitu terhibur dengan perbualan kosong mereka yang ‘entah apa-apa’.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh beberapa pemilik Twitter termasuklah akaun @HanisAdeeba2, ada sahaja gurauan mereka berempat yang menjadi penghibur warganet sehingga live IG mereka ditonton lebih dari 100 ribu warganet.

Paling menghiburkan sudah tentu ‘pesanan-pesanan’ buah tangan yang mereka inginkan andai Caprice pulang dari Mesir nanti.

Rata-rata warganet yang menonton live IG berdurasi lebih dari sejam itu pec4h perut mendengar celoteh ‘merepek’ mereka berempat.

Ramai yang meninggalkan komen dengan mengakui terhibur dengan live IG mereka seusai memikirkan pertel4gahan yang antara pihak Caprice dan Ustaz Ebit Lew.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Minta Ole2 Mesir Dari Caprice, Live IG Sharnaaz & 3 Pelakon Buat Ramai Berdekah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*