Ditudvh lebihkan Dania berbanding Danisha, ini penjelasan Abby Abadi

PETALING JAYA – Pelakon yang juga penyanyi Abby Abadi mendedahkan bahawa dia kerap menerima komen daripada netizen yang menuduhnya bersikap pilih kasih kerana selalu melebihkan anak keduanya, Marissa Dania Hakim atau Dania berbanding anak bongsunya, Maria Danisha Hakim (Danisha).

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 44, berkata dia banyak menerima kata-kata fitn4h daripada netizen yang  mend4kwa dia lebih banyak berkongsi cerita tentang Dania berbanding Danisha.

“Saya pening kepala bila kena fitn4h dengan netizen yang menulis tanpa tahu cerita sebenar. Bila keluar cerita tentang Dania, dia kata kita selalu ‘promote’ Dania.

“Baby (panggilan Danisha) saya tidak berkongsi gambar atau video sebab tidak cantik katanya (tuduh4n netizen),” tulis Abby dalam Instagramnya.

 

Ujarnya, dia jarang berkongsi gambar atau video perihal anak bongsunya itu kerana Danisha sendiri tidak gemar untuk bergambar dan susah untuk diajak membuat video bersama-sama.

Dalam sebuah video menampilkan Danisha, 13, yang dirakam ibunya untuk mempromosikan cermin mata khas beserta rantai, kelihatan remaja itu malu-malu untuk beraksi di hadapan kamera.

“Beginilah kalau disuruh bergambar. Macam lalu tak lalu sahaja (malu-malu). Baby besar ini memang susah sikit (nak bergambar). Sebab itu gambar atau video dia selalu tidak ada.

“Ini pun nasib-nasib dia nak bergambar. Kalau waktu-waktu lain, dia akan sengaja tunjuk rambut dan tangan (aurat) supaya saya tidak boleh kongsikan dalam media sosial,” kata Abby.

Kata Abby lagi, dia menganggap kesemua anaknya sama sahaja dan yang penting mereka semua dilahirkan dalam keadaan sempurna.

“Comel dah (merujuk pada Danisha). Nak comel bagaimana lagi? Sempurna dah kejadian Allah SWT. Tidak baik mereka cerita begitu (dituduh pilih kasih). Saya tampal (pelekat) mulut tun anti baru tahu,” ujarnya.

 

Sekadar info, selain Dania dan Danisha, Abby turut mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Mohamed Danish Hakim, 18, hasil perkongsian hidup bersama bekas suami yang juga pelakon, Norman Hakim.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia, masing-masing dua tahun serta Maira Darda Farisa berusia tujuh bulan.    

Sumber:K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://trendinggiler.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ditudvh lebihkan Dania berbanding Danisha, ini penjelasan Abby Abadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*